Penangguhan MUET Sesi 2 & 3: Tarikh Peperiksaan Yang Terkini

Makluman Kepada para calon yang ingin bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Untuk pengetahuan anda, Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) telah mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 lalu peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tujuan MUET telah diperkenalkan agar dapat mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi serta buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

ADAKAH MUET WAJIB UNTUK DIAMBIL?

Untuk peperiksaan MUET ini wajib diambil bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

TARIKH PEPERIKSAAN MUET SETIAP TAHUN

Telah bermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET ini telah dijalankan tiga kali setahun lalu akan dijangka berlansung pada bulan Mac, Julai serta November dimana tiada syarat yang khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.

PENDAFTARAN TARIKH PEPERIKSAAN MUET SESI 3 TAHUN 2021

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran MUET bagi Sesi 3 Tahun 2021 akan dibuka dari 27 Julai sehingga 12 September 2021.

Bayaran sekiranya ingin menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) serta RM350.00 (Calon bukan waarganegara) dengan cara membeli PIN MEC di kaunter/mesin ATM/perbankan internet BSN dan juga secara dalam talian melalui https://dapatpay.dapat.com/mpm.

Calon adalah dikehendaki untuk menyemak status pendaftaran serta tarikh untuk menduduki ujian pada slip daftar (MUET/D) dengan melalui portal MPM mulai 13 Oktober 2021 serta mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Kepada semua calon persendirian undividu WAJIB untuk menyertai channel Telegram MUET bagi Sesi 3 Tahun 2021 melalui pautan https://t.me/muets32021 untuk mendapatkan informasi yang terkini berhubung dengan ujian MUET Sesi 3 Tahun 2021.

Pendaftaran adalah merupakan secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ataupun rujuk langkah di bawah untuk pendaftaran.

Majlis Peperiksaan Malaysia 1

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET Sesi 3 tahun 2021 yang dikeluarkan oleh MPM:

  • Tarikh pendaftaran dibuka: 27 Julai 2021
  • Tarikh pendaftaran ditutup: 12 September 2021
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 23, 24, 25, 29, 30 November dan 1 Disember 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 4 Disember 2021

Sila rujuk jadual yang ada di bawah ini:

Kalender Muet Tahun 2021 1

TERKINI: PENANGGUHAN MUET SESI 2 & 3

PENANGGUHAN MUET SESI 2 2021 1

PENANGGUHAN MUET SESI 3 2021 1

MoD 2021 1

PENDAFTARAN MUET 2021 ONLINE

Yang berikut adalah merupakan carta alir bagi proses pendaftaran serta pengambilan MUET tahun 2021. Pendaftaran akan berakhir pada 12 September 2021 bagi Sesi 3 tahun ini.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di:

  1. Login eSubmission MPM online
  2. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’.
  3. Calon dinasihatkan agar membeli nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Pendaftaran MUET 1

Rujuk manual pengguna selengkapnya di bawah ini:

PENGENALAN MUET ON DEMAND

Untuk pengetahuan anda semua Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini telah menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang telah mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.

Penawaran MoD ini antara yang lain juga dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat-syarat kelayakan MUET yang telah ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian serta calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan akan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PENDAFTARAN MUET

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan MUET serta MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

Atau hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] sekiranya ingin mengajukan sebarang pertanyaan.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan