MAiPK: Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara Untuk Pelajar Asnaf 2022

Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022 Untuk Pelajar Asnaf

Untuk makluman anda mengenai tawaran penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK kini telah dibuka kepada anak-anak asnaf yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

BIDANG PENGAJIAN

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga (3) bidang & peringat pengajian antaranya ialah:

  • Sains dan Teknologi – Diploma Sains Aktuari.
  • Klinikal dan Kesihatan – Diploma Fisioterapi/Asasi Sains Perubatan.
  • Kejuruteraan dan Teknikal – Asasi Sains Kejuruteraan.

TARIKH MOHON

Untuk tarikh permohonan telah dibuka bermula 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

SYARAT PERMOHONAN

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar bermastautin di negeri Perak.
  • Pelajar mestilah daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf Fakir dan Miskin).
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022.
  • Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Tawaran Penajaan 1

CARA MOHON

Kepada pelajar asnaf yang berminat boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah seperti yang berikut:

  • Dapatkan Borang Bantuan Zakat (Dermasiswa Dalam Negara) daripada pejabat MAIPK terdekat atau.
  • Muat turun borang secara atas talian daripada portal rasmi MAIPK atau boleh dapatkannya menerusi laman web di bawah:
  • Hantar borang tersebut dan juga dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPK terdekat atau poskan ke alamat berikut:
    • Unit Pembangunan Pendidikan,
      Bahagian Agihan Zakat
      Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
      Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk calon juga diminta untuk kemukakan dokumen sokongan seperti yang telah disenaraikan di bawah ini:

  • Salinan surat tawaran pengajian.
  • Salinan slip peperiksaan yang terkini.
  • Surat penolakan bantuan/tajaan daripada agensi yang lain (bagi permohonan kali pertama).
  • Salinan borang RA pemohon/pasangan pemohon/ibu/bapa/penjaga.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih lajut mengenai penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK, anda boleh hubungi nombor di talian berikut:

  • 019-5711383 (Pendidikan MAIPk).

Leave a Comment