Maxis eKelas: Pembelajaran Secara Online Khusus Buat Para Pelajar Tahun 4 Sehingga Tingkatan 5

Untuk makluman anda, seiring dengan kemajuan teknologi, Maxis eKelas telah pun diperkenalkan oleh pihak Maxis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, KL Shakespeare Players dan juga GuruLab.

eKelas merupakan sebuah program komuniti perdana Maxis yang telah membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar yang ada di Malaysia.

Secara umumnya, inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini telah menawarkan cara belajar yang menyeronokkan dengan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan juga yang aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Program ini telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) oleh KPM di mana pelajar layak bagi mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.

MANFAAT PROGRAM

Untuk pengetahuan anda yang masih lagi berteka-teki sama ada mahu mendaftarkan diri atau anak anda dalam Maxis eKelas, berikut merupakan manfaat menyertai program ini:

  • Pendaftaran secara percuma.
  • Nota dan video mengikut tahap persekolahan pelajar.
  • Kandungan & aktiviti yang interaktif.
  • Selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Menurut pihak eKelas lebih 50,000 murid telah pun menyertai program ini.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran, sila layari laman rasmi eKelas di pautan https://www.ekelas.com.my/home/

Anda perlu klik pada butang “Daftar” lalu lengkapkan butiran maklumat anda.

Setelah selesai melengkapkan pendaftaran akaun, ada boleh log masuk dengan klik butang “Log Masuk” pada halaman depan eKelas.

JENIS PENDIDIKAN

Maxis eKelas telah memfokuskan kepada tiga subjek utama antaranya ialah Matematik, Sains dan juga Bahasa Inggeris untuk para pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 seluruh negara.

Kepada pelajar yang telah menyertai program ini akan didedahkan kepada suasana e-pembelajaran yang sangat menyeronokkan bersama dengan sukarelawan Maxis melalui:

  • Bengkel drama dan esei bahasa Inggeris.
  • Kem percutian eKelas.
  • Bengkel keselamatan Internet dan sesi motivasi.
  • Klinik peperiksaan.

MISI MAXIS eKELAS

Untuk makluman anda, Misi Maxis eKelas adalah untuk menyokong generasi yang akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan menerusi pendidikan digital serta memupuk pembangunan minda dan juga kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa yang akan datang.

Dengan melalui bab digital ini, pihak Maxis eKelas telah menawarkan:

  • Tutorial dalam talian secara langsung oleh guru yang berpengalaman.
  • Aktiviti pembelajaran digital bersama dengan pengurus komuniti portal.
  • Kandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan juga SPM.
  • Kandungan subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa Inggeris untuk para pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

CARA PEMBELAJARAN

Kepada para pelajar yang telah mendaftar untuk Maxis eKelas akan menikmati pelbagai kaedah pembelajaran yang berkesan seperti yang berikut:

  • Belajar dengan melalui tutorial dalam talian secara langsung dengan guru eKelas.
  • Rujuk video penerangan dan juga nota padat khas.
  • Peluang untuk menyertai aktiviti menarik dan seronok.
  • Kenali serta berhubung dengan rakan dari seluruh Malaysia.

Leave a Comment