PAJSK KPM: Pentaksiran Bagi Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum Secara Online

Untuk pengetahuan anda Portal PAJSK telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan satu platform pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard untuk semua sekolah rendah serta sekolah menengah.

Dengan keseragaman ini, ianya akan mengelakkan ketaksamarataan di dalam pemberian markah kepada para pelajar.

Pentaksiran ini telah memainkan peranan yang penting kepada murid kerana ianya membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta IPTA atau universiti awam dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

PAJSK 1

PANDUAN PEMARKAHAN/FORMAT PAJSK

Untuk menentukan murid sentiasa cergas serta bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum akan dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya.

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) serta Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).

Tempoh Pentaksiran pada setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Terdapat 3 komponen utama yang telah ditaksir dalam PAJSK iaitu SEGAK, Kokurikulum, serta Ekstra Kurikulum.

Pentaksiran Aktiviti 1

1. UJIAN SEGAK

Untuk pengetahuan anda SEGAK adalah merupakan satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid yang berasaskan kesihatan.

Komponen kecergasan yang telah diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah.

Ujian ini mestilah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani lalu dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK).

Ujian Segak 1

Maluman Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK) Bagi Murid Tingkatan Lima serta Pembatalan Bagi Murid Tahun Empat hingga Tingkatan Empat Tahun 2021 Dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara.

Surat PAJSK 1

Sambungan PAJSK 1

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

2. KOKURIKULUM

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, kepada setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti yang berikut:

  • Kelab/Persatuan.
  • Pasukan Badan Beruniform.
  • Sukan/Permainan Mesyuarat.

Syarat merit 10% markah kokurikulum untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan.

Untuk tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang akan diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan 6 elemen.

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah telah meliputi tiga aspek utama seperti yang berikut:

  • Penglibatan (50 markah).
  • Penyertaan (40 markah).
  • Prestasi (20 markah).

3. EKSTRA KURIKULUM

Ekstra kurikulum adalah merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat dalam atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji.

Markah yang akan diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.

Hanya markah yang tertinggi sahaja yang akan diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut:

  • Perkhidmatan.
  • Anugerah Khas.
  • Khidmat Masyarakat.
  • NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).

LOGIN PAJSK ONLINE

Sekiranya login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini untuk membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu login dibawah.

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) BAGI TAHUN 2021 telah DIBUKA BAGI PENGISIAN DATA MULAI 1 JULAI HINGGA 31 DISEMBER 2021.

Pengiktirafan program-program peringkat KEBANGSAAN serta ANTARABANGSA boleh dirujuk melalui pautan http://bit.do/iktiraf

Bagi pengiktirafan program-program peringkat NEGERI/DAERAH, anda boleh dirujuk melalui Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Untuk sekolah swasta yang belum berdaftar dengan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) , mohon berhubung dengan Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri.

CARA ISI PAJSK

Untuk Keputusan Pentaksiran akan dinerikan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) serta Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA).

Borang serta lampiran akan disertakan di laman web rasmi PAJSK atau boleh terus dimuat turun di bawah ini:

Cara mengisi PAJSK 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang info lanjut mengenai pentaksiran ini boleh didapati dari laman web rasmi PAJSK: https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Untuk pertanyaan berkenaan sistem boleh dirujuk dipanjangkan ke [email protected]

Leave a Comment