Sekiranya anda merupakan salah seorang pelajar UiTM, anda sudah tentunya mestilah menggunakan UiTM Student Portal untuk memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Daripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, dan pelbagai info yang terkini disiarkan di portal ini untuk makluman kepada semua pelajar.
Untuk pengetahuan anda, sehingga pada hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia.
Tidak kira samada anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun di Terengganu, semuanya telah menggunakan sistem yang sama.
Jadi kalau tidak tahu ingin bermula dari mana, anda boleh rujuk artikel ini sebagai panduan untuk mendaftar serta cara menggunakan Student Portal ini.
Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN
Untuk pengetahuan anda portal ini terdiri daripada beberapa bahagian antaranya ialah:
1. eAcademic
- Jadual Kelas.
- Keputusan Peperiksaan.
- Slip Peperiksaan.
- Sistem Pendaftaran eCourse.
- Permohonan Cuti Khas.
- Permohonan Lanjutan Pengajian.
- Permohonan Transkrip Akademik.
2. iLearn Portal
- iClass.
- SuFO.
3. FinePortal
- Bayaran Bil.
4. eHEP
- e-Kolej.
- Insentif Makan.
- Zakat.
- Stiker Kenderaan.
- Saman Lalulintas.
- Pelajar NR.
- Stiker Elektrik.
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK).
- Kebajikan/Bantuan Kewangan Pelajar.
Memang banyak kegunaan portal pada portal ini.
Jadi, kepada setiap pelajar mestilah tahu bagaimana sekiranya ingin mendaftar supaya dapat memanfaatkan ianya dengan sebaiknya.
Di bawah ini kami akan kongsikan mengenai cara membuat pendaftaran dan login kali pertama ke portal tersebut.
CARA DAFTAR & LOGIN UiTM STUDENT PORTAL
Untuk login ke UiTM Student Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
- Anda perlu pergi ke alamat URL rasmi https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/sportal_login/index.htm
- Lalu klik di “First time login” untuk login kali pertama.
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang telah diberikan.
- Kemudian anda klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda lalu ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM.
PANDUAN PENGAKTIFAN AKAUN GOOGLE PELAJAR UiTM
- Layari https://mail.uitm.edu.my
- Pilih menu Gmail Student.
- Masukan Username seperti berikut:
- Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my
(Cth. [email protected] )
- Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my
- Masukkan Password mengikut kombinasi berikut:
- Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan
huruf pertama adalah huruf BESAR,
diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM.Contoh:
Nama Pelajar: Abdul Halim Abdul Hamid
No. Pelajar: 2017123456
Password Email Google Pelajar UiTM: [email protected]
- Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan
- Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm Sila pilih kategori “Operasi Emel Google.
iSTUDENT APPS
Selain layari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang akan membawakan maklumat yang terkini dengan mudah dan cepat.
Ianya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en atau dengan mengimbas QR code dalam poster di bawah.
Semua maklumat dan kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi tersebut.
SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UiTM
Makluman kepada pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan melalui mana-mana aplikasi yang dinyatakan di bawah:
- UiTM Student Portal – https://istudent.uitm.edu.my
- iStudent App – https://digitalcampus.uitm.edu.my
- SaringC19 UiTM – https://saringc19.uitm.edu.my
- MyStudent App – https://mystudent.uitm.edu.my
Pelajar boleh mula untuk menyemak keputusan peperiksaan akhir bermula jam 9 pagi, pada 10 September 2021.
Pelajar diingatkan agar mengisi BORANG DEKLARASI HARIAN serta mengemaskini MAKLUM BALAS COVID-19 di portal SaringC19 UiTM setiap hari untuk mendapat kebenaran untuk mengakses keputusan peperiksaan akhir semester lalu.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber yang berikut :
- Facebook Rasmi UiTM Student Portal
- Laman web rasmi UiTM
- Telefon: +603-5544 2000