ePeneroka FELDA: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Hutang

Sukacita dimaklumkan kepada para peminjam wang FELDA, terdapat sebuah portal yang telah dikenali sebagai ePeneroka FELDA yang dapat memudahkan para peminjam untuk membuat semakan baki pinjaman secara dalam talian sahaja.

Portal ePeneroka bukanlah sistem yang baru sebaliknya telah wujud sejak tahun 2019 lagi namun mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudannya.

Portal ini boleh diakses oleh peneroka, pentadbir atau waris bagi membuat semakan Penyata Hutang pada bila-bila masa sahaja secara online.

Berita Baik Kepada Para Peminjam FELDA

Terdapat satu barita baik khusus buat para peminjam pinjaman FELDA apabila sempena Hari Peneroka FELDA 2021 yang lalu, kerajaan telah pun mengumumkan pelupusan pinjaman FELDA sebanyak 80% daripada jumlah asal pinjaman.

Hal ini bermakna, peminjam hanya perlu menyelesaikan baki sebanyak 20% yang dipinjam sahaja.

Pengumuman mengenai Pelarasan Pinjaman Peneroka & Bayaran Kembali (BK) ini telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan syarat-syarat yang tertentu seperti berikut:

  • Kepada peneroka yang tidak mempunyai pinjaman dengan Felda akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.
  • Penghapusan penuh kepada peneroka bersama Felda yang mempunyai baki hutang di bawah RM5,000 juga akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.
  • Peneroka bersama Felda yang mempunyai baki pinjaman sebanyak RM5,000 sehingga RM50,000 akan menikmati had bayaran kembali (BK) bulanan pinjaman lebih rendah.

CARA DAFTAR PORTAL ePENEROKA FELDA

Untuk makluman anda, Pihak Pejabat Rancangan kemudiannya akan memberikan anda kata laluan yang boleh digunakan untuk masuk ke akaun di portal ePeneroka.

Anda juga boleh menukar kata laluan yang telah diberikan ini setelah anda log masuk ke akaun ePeneroka anda buat pertama kalinya.

CARA  LOG MASUK

  • Anda perlu layari portal ePeneroka di pautan https://eportal.felda.net.my/
  • Pada ruangan ID Pengguna, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Di ruangan kata laluan pula, masukkan kata laluan yang diperolehi dari pihak Pejabat Rancangan.
  • Selepas itu anda perlu klik butang “Log Masuk”.

Anda hanya akan diberikan 5 kali percubaan log masuk namun sekiranya selepas 5 kali anda masih juga gagal untuk log masuk, akaun anda akan dikunci.

Sekiranya akaun anda telah dikunci, anda boleh berhubung terus dengan pihak Pejabat Rancangan untuk memohon akaun anda di reset semula kata laluannya.

CARA MEMBUAT SEMAKAN PENYATA HUTANG

  • Anda perlu log masuk ke dalam akaun anda terlebih dahulu.
  • Klik pada kotak “Penyata” di Halaman Utama.
  • Klik pada pautan dokumen dalam bentuk PDF yang berada di bawah kolum nama dokumen.
  • Untuk memuat turun penyata hutang tersebut, klik pada butang “Download”.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Rancangan anda sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.

Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

Leave a Comment