MAKLUMAN MENGENAI KEMASKINI PERTUKARAN GURU 2022 ~ PERMOHONAN 4 KALI SETAHUN BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN
Untuk makluman anda, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata permohonan pertukaran guru kini tidak boleh dihalang oleh guru besar atau pengetua yang sebelum ini telah diberi kuasa untuk memberi kelulusan.
Beliau juga turut mengumumkan pertukaran guru pula telah diubah kepada empat kali setahun berbanding sebelum ini hanya dua kali setahun.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah pun menyusun semula proses pertukaran guru dengan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun yang melibatkan empat kali pertukaran untuk setahun berbanding sebelum ini hanya dua kali.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin juga telah berkata bahawa pertukaran yang dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan juga Disember itu, mengikut kesesuaian tempat yang telah dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit, lapor Bernama.
Beliau telah berkata bahawa pihaknya juga akan memastikan guru dapat mengajar subjek selain daripada iktisas kelayakan mereka agar dapat memberi kelebihan sewaktu meminta pertukaran nanti.
“Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara. Penambahbaikan lyang lain akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual serta gred sekolah di seluruh negara,” katanya.
Beliau juga telah berkata demikian menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali yang Ke-51 untuk tahun 2022 yang bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Berikut merupakan maklumat yang terkini mengenai eGTukar KPM dan juga cara membuat permohanan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak akan mempertimbangkan permohonan sekiranya didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
- tidak boleh bertukar sebelum menerima surat makluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan juga surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang telah diluluskan.
- KPM juga tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
- Penempatan ke sekolah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri/pejabat pendidikan daerah/bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
GURU YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON PERTUKARAN
Berikut merupakan senarai guru yang tidak layak untuk memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC).
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji/separuh gaji.
- Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar.
- Guru yang sedang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib.
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
TARIKH MEMOHON
Untuk pengetahuan anda, permohonan pertukaran yang terkini telah dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
CARA MEMOHON eGTUKAR ONLINE
Makluman bahawa permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu dengan melalui sistem eGtukar.
Anda perlu pastikan bahawa maklumat guru dikemaskini dengan melalui modul pengurusan guru e-Operasi serta disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal berlaku.
Tidak ada sebarang permohonan secara manual dan juga semua permohonan mestilah dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.
Anda boleh layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my sekiranya ingin membuat permohonan.
CARA LOGIN eGTUKAR KPM
Berikut amerupakan cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:
- Anda perlu Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
- Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan.
- Lalu Klik OK.
- Anda kini dalam sistem eGTukar.
- Anda perlu Klik PERMOHONAN.
- Lalu lengkapkan maklumat permohonan.
- Sila muat naik dokumen yang diperlukan sahaja.
- Sila klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar.
- Save/Simpan salinan permohonan anda.
- Cetak permohonan untuk rujukan jika perlu.
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan.
Sekiranya terlupa kata laluan, anda perlu klik butang ‘Lupa kata laluan egtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.