Kakitangan Sokongan Perlu Lengkap Dos Vaksin Sebelum Masuk Sekolah

 

bh9sokong 1631168022

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hanya membenarkan pekerja perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) serta bekalan makanan mentah (BMM), yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 memasuki premis sekolah.

Ia bagi memastikan usaha KPM mencapai imuniti kelompok di kawasan sekolah.

Arahan itu yang dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh 3 September lalu, menyatakan kebenaran itu terpakai untuk penerima dos lengkap yang sudah melepasi hari ke-14 daripada tarikh kedua suntikan untuk vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Bagi penerima vaksin satu dos keluaran syarikat Johnson & Johnson serta CanSino pula, mereka perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

 

Dokumen berkenaan yang dimuat naik ke laman sesawang KPM, dikeluarkan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) kementerian itu, Noor Azman Abdul Rahman.

Arahan itu dibuat selaras dengan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, bahawa sesi persekolahan secara bersemuka dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 3 Oktober depan, tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berikutan itu, KPM mengingatkan kontraktor perkhidmatan PKK, KBK, BMB dan BMM untuk memastikan pekerja seliaan mereka lengkap divaksinasi sebelum memasuki kawasan sekolah.

Minggu lalu, BH melaporkan, Mohd Radzi sebagai berkata, guru yang belum atau enggan menerima vaksin COVID-19 tetap perlu ke sekolah seperti biasa dan melakukan tugasan kecuali mengajar secara bersemuka.

hal ini juga menyebabkan ,

Guru yang belum atau enggan menerima vaksin COVID-19 tetap perlu ke sekolah seperti biasa dan melakukan tugasan kecuali mengajar secara bersemuka, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Guru-guru ini hanya tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas, tetapi mereka akan diberi tugas lain di sekolah kerana banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan,” katanya.

Radzi juga menegaskan, beliau sendiri akan berhubung dengan sebahagian daripada guru terbabit bagi mendapatkan kepastian punca mereka tidak divaksin.

Tindakan dan pendekatan selanjutnya terhadap mereka yang enggan menerima pelalian berkenaan, katanya, sedang dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Nyak Gam, di sini hari ini, yang terjejas akibat bencana kepala air, baru-baru ini.

Semalam di Kangar, Radzi berkata, KPM sedang berbincang dengan JPA mengenai tindakan boleh diambil ke atas guru yang enggan menerima suntikan pelalian COVID-19, namun keputusan awal ialah mereka tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka 3 Oktober depan.

Katanya lagi, daripada lebih 400,000 guru di negara ini, kira-kira 2,500 yang tidak atau enggan divaksin dan KPM akan terus mengadakan sesi libat urus dengan kumpulan pendidik terbabit.

Beliau juga menjelaskan, ada dalam kalangan guru berkenan memberi alasan tidak dapat divaksin kerana masalah kesihatan, namun ada juga tidak yakin dengan keberkesanan pelalian berkenaan serta pelbagai alasan lagi.

Sehingga semalam, sebanyak 85.26 peratus guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan 96.7 peratus menerima satu dos vaksin, manakala 73.71 peratus kakitangan perkhidmatan sokongan lengkap menerima dua dos vaksin dan 89.35 peratus lagi menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, Radzi menjelaskan, tindakan KPM melaksanakan proses kaji selidik kepada ibu bapa berkaitan kebenaran pemberian vaksin kepada pelajar adalah bagi mendapatkan gambaran awal berhubung perkara itu, bukannya berbentuk arahan.

“Ia bukan arahan yang dikeluarkan KPM memandangkan proses pemberian vaksin adalah di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan (CITF).

“Kami di pihak kementerian ingin melihat secara umum gambaran awal daripada ibu bapa berkaitan hal ini dan dalam masa terdekat akan peroleh maklum balas ini keseluruhannya,” katanya.

 

 

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan