Permohonan/Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Selangor

Kami akan kongsikan mengenai Permohonan/Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor.

Untuk makluman anda semua Kad Perakuan nikah adalah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan.

Kad nikah ini dapat memudahkan pasangan yang rtelah bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang telah didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti telah berkahwin.

Berikut kami akan kongsikan cara untuk anda memohon kad perakuan nikah pintar khusus bagi negeri Selangor serta pautan temujanji untuk mengambil kad pintar tersebut.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN/GANTIAN KAD NIKAH PINTAR

Anda boleh mohon Kad Perakuan Nikah Pintar di:

Kaunter One Stop Centre (OSC),
Aras Bawah (G), Menara Selatan,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

NOTA: Dalam tempoh PPN ini, permohonan/gantian kad nikah boleh dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor dengan membuat temujanji dengan terlebih dahulu (rujuk cara sekiranya ingin buat temujanji online pautan di bawah).

SYARAT PERMOHONAN/GANTIAN

  • Permohonan hanya akan sah kepada pasangan yang sudah bernikah sahaja di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

CONTOH kad kahwin 1

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri).
  2. Gambar berukuran passport:
    • Suami (1 keping, pakaian bersesuaian).
    • Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup).
  3. Bayaran tunai:
    • RM40.00 untuk 2 keping kad (suami dan isteri).
    • Bayaran tunai akan dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat.

CAJ BAYARAN/HARGA

Bayaran sekiranya ingin mendapatkan kad perakuan nikah adalah RM40.00 SAHAJA (untuk 2 keping kad suami dan isteri).

Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar tersebut di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dan membawa resit pembayaran.

WAKTU OPERASI

Waktu operasi pejabat Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum): 8.00 pagi – 4.30 petang.

Waktu Operasi Kaunter 1

TEMUJANJI PERMOHONAN/GANTIAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Temujanji ini adalah merupakan bagi urusan Permohonan Baru/Gantian Kad Perakuan Nikah di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam sahaja.

Tuan/puan mestilah hadir mengikut tarikh serta masa yang telah dipilih. Anda mestilah hadir 10 minit lebih awal.

Kebenaran untuk masuk ke kaunter bagi tujuan permohonan kad hanya untuk mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

Pautan Janji Temu:

Sila isikan borang permohonan di pautan yang berikut untuk urusan Permohonan Baru/Gantian Kad Nikah Pintar Selangor: https://bit.ly/3u6sfRg

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Anda perlu sediakan serta kemukakan dokumen yang berikut di kaunter yang berkenaan:

  • Salinan (fotostat) Surat Perakuan Nikah lelaki ATAU perempuan (depan dan belakang).
  • Gambar lelaki yang berukuran passport – 1 KEPING (RAMBUT TIDAK PANJANG SERTA TIDAK BERWARNA).
  • Gambar perempuan yang berukuran passport – 1 KEPING (WAJIB BERTUDUNG LITUP).
  • Bayaran untuk 2 keping kad hanya RM40.00 SAHAJA.

PERINGATAN PENTING:

  • Kad akan siap SELEPAS 10 HARI waktu bekerja dari tarikh setelah permohonan diterima.
  • Kepada kad yang tidak dituntut LEBIH DARI 2 TAHUN akan DILUPUSKAN.
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau anda boleh emel kepada [email protected]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau telefon 03-5514 3600

Sila dapatkan janji temu anda sekarang.

Leave a Comment