Permohonan Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2022

MAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2022 IAITU MELALUI MYSPP

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap bagi tahun 2022 ini.

Kepada calon yang berminat boleh merujuk syarat kelayakan, mendaftar, memohon dan serta mengemaskini permohonan secara atas talian melalui Portal SPP.

Berikut kami akan kongsikan info lanjut mengenai permohonan jawatan yang ditawarkan:

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan juga memperolehi Keputusan Senat Universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kepada Graduan Pendidikan yang berminat mestilah meneliti dan juga memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum Geraduan Pendidikan memohon atau mengemaskini maklumat permohonan.

3. Graduan Pendidikan yang TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON adalah seperti yang berikut:

  • Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Guru Interim.
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP).
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam.
  • Bukan seorang muflis
  • Telah pun tamat pengajian tetapi belum lagi memperolehi keputusan Senat Universiti.

CARA MEMOHON

Untuk makluman kepada Graduan Pendidikan yang telah memenuhi syarat lantikan dikehendaki untuk memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)  di pautan https://myspp.spp.gov.my/ sebelum atau pada 27 Mei 2022 iaitu (Jumaat).

Kepada pemohon diingatkan agar memastikan maklumat yang telah diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat dan benar.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan dapat menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya Graduan Pendidikan yang telah melepasi tapisan serta memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali.

Untuk makluman kepada Graduan Pendidikan,  TIDAK DIBENARKAN untuk mengemaskini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut, anda boleh rujuk pautan: https://www.spp.gov.my/ms/login-pengumuman-berita-terkini/pengumuman-2022/pengumuman-guru/1195-hebahan-permohonan-jawatan-tetap-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-bagi-graduan-pendidikan-tahun-2022

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan