Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengalu-alukan individu yang berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan Guru KAFA Pulau Pinang bagi sesi kedua tahun 2022 ini.
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai info hebahan permohonan bagi jawatan ini dan juga cara untuk membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN GURU KAFA PULAU PINANG
Untuk makluman anda, syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:
- Mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahaja.
- Berumur 18 hingga 40 tahun.
Sila ambil perhatian bahawa keutamaan diberi kepada warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang SAHAJA.
Mempunyai Sijil SPM dengan Kepujian:
- Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
Atau mempunyai Sijil SPM dengan Kelulusan:
- Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (komunikasi).
CARA MOHON
Sekiranya ingin membuat permohonan, sila lakukan salah satu daripada cara yang berikut:
- SCAN QR CODE seperti yang telah tertera dalam gambar yang ada di bawah.
- Tekan link yang telah diberikan seperti berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDOrI9dXcvwwI8TiL3g7IlGBbGi-XuKhzsW3ML0-KHk6qvow/viewform
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh permohonan akan dibuka sehingga 23 Jun 2022
Borang Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Pulau Pinang
Sebelum anda mengisi Borang Permohonan Guru KAFA, sila pastikan bahawa tuan/puan telah menyediakan dokumen berikut dalam bentuk pdf/jpeg:
- Gambar yang berukuran passport.
- Kad Pengenalan diri.
- Sijil SPM.
SILA PASTIKAN BAHAWA EMAIL YANG TELAH DIISI ADALAH BETUL DAN AKTIF. KEPADA CALON YANG LAYAK AKAN DIHUBUNGI MELALUI EMAIL.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat dan juga info yang terkini berkaitan dengan permohonan jawatan ini, sila hubungi saluran berikut:
- Nombor Telefon: 04 – 684 7000
- Bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang