[Video] “Memalukan Sabah” -Warganet kecewa insiden ragut bendera Johor

Perlawanan Liga Super kali ini menemukan dua pasukan teratas liga iaitu Sabah FC selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas semalam.



Gol JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri (2 gol) manakala gol Sabah pula dijaringkan oleh Park Tae-su.

Namun, telah tular beberapa video di media sosial melalui aplikasi Facebook dan TikTok berkaitan insiden kekecohan penyokong sejurus pasca perlawanan semalam.




Melalui laman facebook ‘Rizal Hakimm Punyer’, terdapat sebuah klik video memaparkan seorang individu bergegas ke arah sekumpulan penyokong JDT dan bertindak merampas bendera Negeri Johor yang terikat pada pagar tempat duduk penyokong.

Insiden itu berlaku sejurus selepas gol kedua JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri pada minit minit akhir perlawanan.

@nurnatasha99_1 Respect each other 🫶🏼#johordarultakzim #jdt🔵🔴 #bangsajohor ♬ original sound – Tasha Zainal

Insiden berikut mengundang pelbagai reaksi negatif warganet terhadap kualiti, adab dan semangat kesukanan penyokong Sabah.




Di TikTok pula, terdapat sebuah klip video Stadium Likas dihujani lontarna botol air mineral dan sampah ke arah padang stadium. Hal itu berikutan kekecewaan penyokong Sabah yang terpaksa berputih mata sejurus tidak dapat meraih sebarang mata di gelanggang sendiri.

@gaill_1 santai bah kamurang 😂 btw congrats #jdt #sabahfc #fyp ♬ DJ Sampai Kapan Kau Gantung Cerita Cintaku – MASTER RMX

Nasihat admin, sebuah pasukan yang bermutu dan berprestij bukan sekadar lahir dari pemain, strategi dan corak permainan yang baik akan tetapi turut dibantu dengan adab, semangat kesukanan dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan penyokong yang mendukung keindahan sukan yang sebenar benarnya.

Leave a Comment