Permohonan Insentif Pengajian IPT Untuk B40/Miskin Bagi Tahun 2022

MAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN INSENTIF KEJORA BAKTI SISWA KINI TELAH DIBUKA BAGI TAHUN 2022

Terdapat pelbagai bantuan dan juga insentif yang telah disediakan untuk pelajar B40 atau dari keluarga yang miskin, menjelang kemasukan ke IPT tidak lama lagi. Antaranya adalah bantuan Insentif KEJORA Bakti Siswa 2022.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai insentif ini untuk makluman bersama.

PENGENALAN KEJORA BAKTI SISWA

Untuk pengetahuan anda, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyediakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar/miskin/B40 dalam Wilayah KEJORA untuk lepasan SPM atau STPM yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang telah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.

Kejora Bakti Siswa 1

SYARAT KELAYAKAN

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang sedang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar/miskin/berpendapatan rendah (B40).
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya.
  • Telah berjaya dan bersetuju untuk melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang telah ditawarkan sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.
  • Had umur pemohon semasa permohonan dibuat:
    • Peringkat Diploma: 18 hingga 20 tahun.
    • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: 20 hingga 25 tahun.

KADAR BANTUAN

  • Diploma: RM 500.00
  • Ijazah Sarjana Muda: RM 1,000.00

Untuk PERINGKAT DIPLOMA pula permohonan dibuka untuk lepasan SPMSPMV. Tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

Bagi PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA pula permohonan telah dibuka untuk lepasan STPM/STAM atau Diploma dan juga merupakan pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS (menerima surat tawaran melanjutkan pengajian).

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui platform Google Form di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckO3YFeQ_y5MM4kfXwiS-RYrIEpQgrgn8xt1jaAms8s1fQmw/viewform fbclid=IwAR3ybG8UFPP1h9UmwkYyGM5e5eL GqZT9gdhAjARkt4UZCk_AsVJWFmBSnk

Kepada pemohon juga boleh hadir ke Pejabat KEJORA untuk mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa ini.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka dari 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Encik Amir Hafizal: 07 882 3086
  • Cik Norniza: 07 882 3085

Leave a Comment