Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang!

Makluman mengenai tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kini telah dibuka untuk anak-anak peneroka yang berminat ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Universiti Swasta.

Insentif yang diwujudkan dengan kerjasama FELDA ini telah diperkenalkan bagi membantu untuk meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai maklumat serta cara memohon Skim Insentif Anak Peneroka.



KADAR BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, kadar bantuan yang telah ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Diploma: RM 500
  • Ijazah Dalam Negara: RM 1,000
  • Ijazah Luar Negara: RM 1,500

Bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off kepada setiap anak peneroka yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah di dalam negara mahupun luar negara.




SYARAT PERMOHONAN

Kepada anak peneroka yang berminat untuk memohon mestilah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang berikut:

  • Anak peneroka/anak angkat yang telah didaftarkan (pemohon perlu sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Pemohon mestilah menepati had umur yang telah ditetapkan berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:
    • Peringkat Diploma: 18 tahun hingga 23 tahun.
    • Peringkat Ijazah: 18 tahun hingga 25 tahun.
  • Pemohon TIDAK LAYAK untuk memohon sekiranya tergolong dalam:
      • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
      • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelalajaran.
      • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi, Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
      • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
      • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF).
      • Pelajar DKPCF ke luar negara.



CARA MOHON

Untuk calon yang berkelayakan mestilah dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.

Anda perlu lengkapkan borang lalu hantarkan semula bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.




DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon mestilah menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:

Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam/Universiti Swasta yang telah disenaraikan FELDA:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan peneroka
    • Salinan penyata pendapatan peneroka terkini



MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Skim Insentif Anak Peneroka, anda boleh layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan

Leave a Comment