Harga Untuk Kia Picanto Yang Baharu 2021

Kami akan kongsikan mengenai harga Kia Picanto baru 2021: bayaran bulanan kereta Dari Naza Kia Malaysia bagi generasi yang ketiga dari Korea Selatan.

Pada kali ini kami ingin memberitahu sedikit mengenai ciri kereta Kia Picanto 2020, bagaimana rasanya apabila memandu serta membawa model kereta ini.

Model ini iainya boleh dikatakan rival yang agak kuat sekiranya dibandingkan dengan model kereta Honda Jazz ataupun harga perodua myvi baru dan tidak lupa juga bahawa kadang-kadang ada juga yang membandingkannya dengan Perodua Axia. Dengan harga 1.2 EX RM52,000, apa yang bakal anda dapat perolehi

Kebanyakan orang kata, untuk penampilan kereta ini lebih menampakkan lagi pemilikan yang sesuai kepada kaum hawa. Tetapi terus terang kami ingin katakan apabila anda membawa kereta ini, tidak rasa MALU. Ini sebabnya yang kami ingin kongsikan kepada anda.

KELEBIHAN PICANTO

Sekiranya anda bandingkan dengan harga kereta naza kia Picanto baru yang dahulu sekitar RM60,000 lebih dengan saiz yang kecil. Tetapi dengan versi pada kali ini yang sangat berdaya saing. Antaranya adalah:

  1. Kereta naza Picanto ini memang sedap untuk mata memandang luar (exterior) serta dalam (interior). Apabila dibawa pun sedap dikala kelajuan 120km/j tidak membuai.
  2. Dikala kami membawa 110 km/j dengan ciri keselamatan bantuan 4 disc brake, kami berhentikan kereta dengan mengejut pun sangat-sangat mudah! Kadar cengkaman lebih seimbang.
  3. Membawanya tanpa ada rasa masalah kerosakan di mana Naza Kia Malaysia dengan senang hatinya memberikan 5 tahun jaminan (WARRANTY) tanpa had perjalanan.
  4. Pada ruang belakang yang diberikan agak luas ditambah dengan tempat duduk yang disediakan sangat selesa.
  5. Mutu audio? SANGAT PELIK! Kami rasa Kereta Segmen B pun kalah.

Dalam pada masa yang sama juga, sekiranya anda mahu merasa pakai serta bawa SUV yang premium tetapi harga mampu milik, anda boleh tinjau harga ford ranger.

KEKURANGAN PADA KERETA

  • Kepada yang mempunyai anak kecil memerlukan penggunaan stroller, ruang boot belakang agak kecil. Sukar untuk kami ingin memasukkan stroller.

Apabila bercakap mengenai kos maintenance kereta Kia Malaysia ini mahal, dulu kami telah akui ada benarnya.

Tetapi selepas kami sendiri telah membuat perkiraan untuk perjalanan 100 ribu kilometer, lebih kurang sahaja dengan kos serta perbelanjaan penyelenggaraan kereta ini dibandingkan model kereta lain untuk segmen yang sama.

Ditambah lagi sekarang ini pusat servis naza picanto di seluruh Malaysia pun sudah semakin bertambah, iaitu sudah 54 jumlah kesemuanya (service center)

FAKTA: Ini semua persepsi khalayak umum adalah perkara biasa. Tetapi, tahukah anda jumlah jualan Jenama adik beradik ini Hyundai dan Kia di pasaran dunia adalah LEBIH BANYAK berbanding Kumpulan PSA iaitu Peugeot & Citreon, Honda dan Mazda.

PROMOSI DISKAUN HARGA KIA PICANTO 2021

PERKARA HARGA BARU
Harga Kia Picanto Baru 1.2L EX RM49,999 RM47,950.36
Harga Kia Picanto Baru 1.2L GT LINE RM59,888 RM57,531.80

BAYARAN BULANAN KIA PICANTO 2021

Untuk pengetahuan anda dengan bayaran muka/deposit sebanyak 10 peratus dari harga kereta kia picanto, ini contoh bayaran bulanan yang anda mesti bayar.

PERKARA PEMBAYARAN SEBULAN
1.2L EX RM507 sebulan
1.2L GT LINE RM609 sebulan

Contoh ini adalah merupakan yang melibatkan pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar faedah/interest bank sebanyak 3 peratus yang telah ditawarkan sekarang.

P/S: Kepada anda yang sedang mencari-cari kereta untuk dibawa di kawasan bandar, mungkin boleh dipertimbangkan model kereta naza picanto ini. Tawaran harga kia picanto baru pun sekarang ini sangat berbaloi.

Leave a Comment