GsPEL GIATMARA: Permohonan Untuk Pengambilan Pelatih Baru 2022 Secara Online

Makluman Kepada Anda Untuk Permohonan GIATMARA 2022 pengambilan Oktober 2021 kini telah dibuka kepada yang berminat. Anda kini boleh memohon secara online sahaja!

Tahukah anda bahawa apa itu GIATMARA lalu apakah kursus yang telah ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia?

Dalam artikel pada kali ini kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai GIATMARA serta cara pendaftarannya bagi ambilan tahun 2022 yang baru dibuka.

PENGENALAN GIATMARA

Untuk pengetahuan anda semua GIATMARA adalah merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

Pelajar lepasan program ini mampu untuk memenuhi keperluan industri serta ekonomi di seluruh negara.

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar untuk membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri serta keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Ini sangat membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

Pengambilan Pelatih Baru 1

SYARAT PERMOHONAN GIATMARA

  • Golongan Bumiputera.
  • Berumur 15 Tahun Dan Ke atas.
  • Sihat tubuh badan.
  • Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari.
  • Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah merupakan syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

KELEBIHAN GIATMARA

  • Kemudahan Latihan.
  • Elaun bulanan sebanyak RM 200 (Sepenuh Masa).
  • Sijil Profesional yang telah diiktiraf industri.
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI).
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga).

SENARAI KURSUS & LOKASI GIATMARA

Senarai kursus yang telah ditawarkan untuk permohonan GIATMARA 2021 adalah merupakan seperti yang berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking.
  2. Kluster Elektrikal (KEL).
  3. Kursus Kluster Fabrik.
  4. Kluster Elektronik Mekatronik.
  5. Kursus Kluster Kulinari.
  6. Kluster Hospitaliti.
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology.
  8. Kursus Kluster Mekanikal.
  9. Kluster Pembuatan.
  10. Kluster Senibina.
  11. Kursus Kluster Pengangkutan.
  12. Kursus Kluster Creative Media.

PENSIJILAN

  • Sijil Profesional GIATMARA.
  • Sijil Kemahiran GIATMARA.
  • Sijil Modular GIATMARA.
  • Sijil Teknologi GIATMARA.
  • Sijil Kehadiran GIATMARA.
  • Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA.
  • Sijil Perantisan GIATMARA.
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1).
  • Sijil Kemahiran Malaysia.
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential.
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate).
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity.

CARA PERMOHONAN GIATMARA 2022

Sekiranya ingin membuat pendaftaran atau permohonan GIATMARA 2022, anda boleh lakukan melalui 2 cara yang berikut:

i) Pendaftaran Online

Untuk pendaftaran anda boleh layari laman web: www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online di sini: http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi

ii) Pendaftaran Manual

Anda boleh muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini sekiranya mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang telah ditawarkan.

Atau sila ke GIATMARA yang berhampirandengan anda, bagi proses pendaftaran secara manual.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2022, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di:

WISMA GIATMARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

Leave a Comment