Perkeso Covid-19: Cara Tuntut/Mohon Faedah Sekiranya Dijangkiti Di Tempat Kerja

Sukacita dimaklumkan bahawa pekerja yang telah berdaftar dan juga telah mencarum dengan PERKESO yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara yang telah disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.

Seiring dengan peredaran negara yang memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik, bermula pada 1 April 2022, semua permohonan tuntutan faedah COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.

Adakah anda tahu mengenai syaratnya dan juga bagaimana untuk membuat tuntutan faedah PERKESO COVID 19 ini?

Kami akan kongsikan maklumat sepenuhnya untuk anda.

FAEDAH PERKESO COVID-19 DI BAWAH SKIM BENCANA KERJA

Untuk pengetahuan anda, Pencarum PERKESO yang telah dijangkiti COVID-19 akibat dari aktiviti pekerjaan sebelum 1 April 2022, layak untuk dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja yang telah menyediakan faedah yang berikut:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Untuk pencarum PERKESO yang telah dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan juga telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan lalu tidak berupaya bekerja semula termasuk dengan kematian, perlindungan telah disediakan di bawah Skim Keilatan yang telah meliputi faedah yang berikut:

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

JUMLAH BAYARAN

Bagi kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah sebanyak 80% daripada gaji harian purata anggaran pekerja.

Kadar minimum bayaran faedah adalah sebanyak RM30.00 sehari dan maksimum sebanyak RM105.33 sehari.

CARA TUNTUT PERKESO BAGI KES COVID-19

Untuk tuntutan faedah PERKESO COVID-19 ini boleh dibuat sama ada secara online ataupun secara manual.

I) CARA TUNTUT SKIM BENCARA PERKESO (COVID19) SECARA ONLINE

Untuk pengetahuan, majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang telah dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah di (https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.

Sila login Portal Faedah di sini: https://faedah.perkeso.gov.my/

Portal ini hanya akan digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan juga penduduk sementara).

Kepada yang ingin mengambil borang tuntutan boleh diperolehi di pautan yang berikut: https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

Anda juga boleh rujuk panduan untuk mengisi Borang 34 di sini: https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

II) CARA TUNTUT SKIM BENCANA PERKESO COVID-19 SECARA MANUAL

Tuntutan bagi bencana pekerjaan secara manual boleh dibuat dengan mengemukakan borang-borang seperti yang berikut:

  • Butiran Notis dan juga Tuntutan Faedah – Borang 34.
  • Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang).
  • Sijil Cuti Sakit Asal/Borang 13 (Klinik Panel).
  • Salinan Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (yang disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan sekiranya tidak mengamalkan rekod kedatangan/sistem kad perakam waktu).
  • Laporan Polis (sekiranya telah melibatkan kemalangan jalanraya).
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/Salinan Aplikasi MySejahtera.

FAEDAH PERKESO COVID-19 (SELEPAS 1 APRIL 2022)

Untuk pengetahuan anda, bermula pada 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memproses tuntutan faedah berkaitan dengan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat.

PERKESO dalam kenyataan telah memaklumkan, selain daripada COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut disertakan di bawah kategori Penyakit Khidmat ialah jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan juga Leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Sekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes COVID-19, tuntutan itu masih layak untuk dipertimbangkan, namun ianya terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

Untuk permohonan itu akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan yang telah merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Pencen Penakat, Pencen Ilat dan juga Faedah Pengurusan Mayat, mengikut kelayakan masing-masing.

Anda boleh rujuk pautan yang berikut untuk memohon:

Anda juga boleh melihat Senarai Semak di pautan:

Anda boleh rujuk cara memohon faedah Penyakit Khidmat iaitu dengan melalui perkongsian berikut:

Untuk penyakit khidmat, langkah pertama lepas habis je mc/home rest, download borang “Laporan Perubatan untuk memohon penyakit khidmat” dekat website. Borang hantar dekat medical report team dekat hospital. Ambik masa 2 hingga 4minggu baru ready kot then boleh collect.

https://twitter.com/abbionamarsella/status/1000074744681529344/photo/1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara claim PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi yang berikut di laman web PERKESO: https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Anda juga boleh layari laman sesawang www.perkeso.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut.

Leave a Comment