Untuk makluman anda, Sistem eTukar Bukan Guru ini hanya untuk kegunaan kepada kakitangan bukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sistem e-tukar bukan guru ini dapat menyediakan permohonan secara atas talian (online).
Sistem ini akan dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik serta efisyen melalui pangkalan data berpusat, dengan secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pertukaran.
Bagi pertukaran bukan guru ini ianya mempunyai 4 sesi sepanjang tahun, iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan serta semakan status dalam sistem eTukar Bukan Guru.
Isi Kandungan
PENGENALAN eTUKAR BUKAN GURU
Untuk makluman anda, e-Tukar Bukan Guru merupakan sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Permohonan atas talian ini adalah merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT dalam urusan perkhidmatan.
Sistem ini juga akan dapat menjimatkan masa serta tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi serta sekolah.
Untuk proses permohonan pertukaran telah melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian/jabatan dan pihak Kementerian.
PENGURUSAN PERTUKARAN KAKITANGAN BUKAN GURU
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang telah dikemukakan mestilah yang berdasarkan kepada asas-asas seperti yang berikut:
- Mengikut pasangan bertukar.
- Mencari pengalaman baru.
- Masalah peribadi (contoh: jauh daripada tempat tinggal/tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja/ancaman keselamatan serta lain-lain sebab munasabah).
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PERTUKARAN ONLINE eTUKAR BUKAN GURU
Sekiranya ingin membuat permohonan pertukaran, sila lengkapkan borang permohonan online di laman web https://etukar.moe.gov.my/
Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut telah dipenuhi bagi memastikan proses permohonan tuan/puan.
Dokumen-dokumen seperti berikut mestilah disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran
- Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah (jika berkaitan).
- Surat Pengesahan Majikan Pasangan (jika berkaitan).
- Surat Pengesahan Doktor (jika berkaitan).
- Surat Daftar Perceraian/Kematian (jika berkaitan).
- Surat Kelahiran Anak (jika berkaitan).
- Laporan Polis (jika berkaitan).
- Lain-lain dokumen berkaitan.
Bagi permohonan tuan/puan mestilah disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum ingin dimajukan kepada BPSM. Pengesah I merupakan terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah IPG/pengarah-pengarah kolej matrikulasi, pegawai BTPN serta lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan.
Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian serta lain-lain.
Pemohon adalah diingatkan agar membuat susulan dengan Pengesah I untuk memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.
KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN PERTUKARAN
Bagi maklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagi permohonan belum dihantar dengan cara login atau log masuk ke laman e-tukar.
Sekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna tidak lagi boleh mengemaskini maklumat berkenaan.
TARIKH PENTING SEMAKAN PERMOHONAN eTUKAR BUKAN GURU 2021
Kalendar Aktiviti Permohonan Pertukaran Bukan Guru KPM Bil. 2/2021 | ||
Peringkat | Aktiviti. | Tempoh Masa |
1 | Permohonan Atas Talian Oleh Pemohon bagi Sesi 2 Tahun 2021 (1 – 31 Julai 2021) *Pengesahan juga boleh dilakukan oleh Pengesah I sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan. | 31 Hari |
2 | Pengesahan di peringkat Pengesah I (1 – 9 Ogos 2021) – Pengesah I adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan tempat pemohon bertugas seperti Guru Besar/Pengetua/Pengarah IPG/Pengarah Kolej Matrikulasi dll. |
9 Hari |
3 | Pengesahan di peringkat Pengesah II (10 – 19 Ogos 2021) – Pengesah II adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan di peringkat negeri atau bahagian seperti Pengarah-pengarah JPN/Pengarah-pengarah Bahagian. |
10 Hari |
4 | Pemprosesan kelulusan permohonan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (20 – 27 Ogos 2021) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (28 Ogos – 8 Oktober 2021) | 50 Hari |
5 | Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon (9 Oktober 2021) | 1 Hari |
6 | Pemohon berjaya melaporkan diri (25 Oktober 2021) | 1 Hari |
TERLUPA KATA LALUAN
Klik lupa kata laluan, kata laluan yang baru akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan.
Sekiranya pemohon tidak akan menerima sebarang e-mel ini bermakna e-mel yang telah didaftarkan tidak sah. Langkah yang seterusnya adalah pemohon boleh e-melkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) serta nama penuh ke alamat [email protected]
Pihak pentadbir e-tukar akan membantu serta memberikan kata laluan yang baru kepada anda melalui e-mel.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang masalah/aduan yang berkaitan dengan Sistem e-TUKAR, sila maklumkan kepada pihak pentadbir melalui email yang berikut: [email protected]
Nombor talian:
Jawatan Lantikan SPP Gred Lantikan:
03-88847760/03-88847759/03-88847846/03-88721550
Gred Hakiki, Naik Pangkat Bukan Guru:
03-88721422/03-88847884
Jawatan Gunasama:
03-88721424
Jawatan Kader:
03-88847768
Talian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut:
Waktu Bekerja: 8.30 Pagi – 5.30 Petang
Hari Bekerja: Isnin – Jumaat