Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ RM300 Sebulan Kepada Pencarum Perkeso Yang Mencari Pekerjaan

Adakah anda sedang mencari kerja? sekiranya ya, anda layak untuk menerima Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang telah dikendalikan oleh PERKESO.

Sekiranya anda telah kehilangan pekerjaan atau pun sedang menganggur akibat krisis wabak COVID-19, bukan pencarum PERKESO dan juga sedang aktif mencari pekerjaan, anda boleh rebut peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) serta Elaun Persediaan Bekerja (EPB) di bawah SIP EMP+.

Kepada yang sedang mencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan juga pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs lalu anda akan layak untuk menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan juga Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah anda mendapat pekerjaan.

Berikut kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan jugaElaun Persediaan Bekerja (EPB) serta cara membuat permohonan bagi program ini.

PENGENALAN ELAUN PEKERJAAN (EMP PLUS PERKESO)

Untuk makluman anda, terdapat 2 kategori Elaun Mencari Pekerjaan yang boleh dimohon oleh pencari kerja, antaranya ialah:

1) Program SIP EMP+ (Elaun Mencari Pekerjaan Kepada Bukan Pencarum PERKESO)

Seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini adalah merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.

SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya kepada graduan baharu, lepasan sekolah serta pekerja sektor tidak formal yang telah terkesan akibat krisis wabak COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup semasa sedang mencari peluang pekerjaan yang baharu.

Untuk Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini telah mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang akan diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan juga Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

PERMOHONAN YANG DITAWARKAN

  • Untuk permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM300 setiap sebulan untuk tempoh 3 bulan.
  • Bayaran yang keempat untuk EPB akan dilaksanakan jika pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan telah dikemukakan.
  • Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapatkan pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau pun ketiga, maka untuk bayaran tambahan EPB sebanyak RM400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
  • Jika individu tersebut mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 lalu menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu tempoh 4 bulan yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Kepada individu yang belum lagi berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
  • Untuk individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Daftar sebagai pencari kerja di MyFutureJobs.
  • Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.
  • Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs.

TARIKH MEMOHON

Untuk makluman anda, tarikh tutup untuk membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

CARA MOHON

Kepada individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO
dengan melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau
AppStore bagi pengguna peranti iOS.

Sekiranya permohonan anda ditolak, maka anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP di pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

SOALAN LAZIM

BAJET-2022-EMP-BUKAN-PENCARUM-FAQ

2) Program SIP EMP+ Kepada Pencarum PERKESO
Jika anda merupakan pencarum PERKESO, anda boleh membuat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan melalui SIP EMP+ untuk pencarum PERKESO.

SYARAT KELAYAKAN

Program SIP EMP+ kepada pencarum ini merupakan bantuan kewangan kepada pekerja yang telah berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang telah meliputi dua kategori sama ada yang layak dan juga tidak layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

Terdapat dua kategori Kehilangan Pekerjaan (LOE) yang tidak layak untuk mendapat EMP (Akta 800) seperti:

  • Pekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Jadual Keempat Akta 800.
  • Pekerja yang telah habis tempoh kontrak perkhidmatan sekurang-kurangnya 24 bulan tempoh perkhidmatan dan juga tidak pernah diperbaharui sekurang-kurangnya sekali di majikan yang sama.

KADAR BANTUAN

Untuk kategori pekerja yang layak mendapatkan EMP selama 6 bulan di bawah Akta 800, kadar bantuan kewangan di bawah SIP EMP+ kepada pencarum adalah seperti yang berikut:

TARIKH MEMOHON

Untuk tempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada pencarum telah dibuka sehingga 31 Julai 2022.

CARA MOHON

Anda boleh layari https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/emp-plus/ untuk membuat permohonan secara dalam talian.

SOALAN LAZIM

BAJET-2022-EMP-PENCARUM-FAQ

MUAT TURUN APLIKASI

Anda boleh membuat permohonan melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

Sila muat turun melalui:

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke [email protected]

PENDAFTARAN MYFUTUREJOBS

Kepada yang sedang mencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa hadapan anda.

Berikut merupakan cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  • Sekiranya ingin mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut www.myfuturejobs.gov.my
  • Daftarkan profil peribadi anda dengan tekan butang ‘Jobseeker Sign In’.
  • Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna untuk kali pertama.
  • Isikan e-mel dan juga nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan.
  • Setelah selesai mendaftar, anda boleh terus login lalu mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang telah ditawarkan.
  • Kemaskini maklumat yang selanjutnya untuk membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Sekiranya ingin melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan https://eisjobs.perkeso.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai insentif ini, sila layari https://www.myfuturejobs.gov.my/…/sip-prihatin…/

Leave a Comment