e-Syariah: Semakan Status Perkahwinan & Penceraian Secara Online

Untuk makluman rakyat Malaysia, anda boleh Semak portal e-syariah untuk Semakan Status Perkahwinan & Perceraian Secara Online bagi tahun 2021 ini dengan menggunakan no ic anda di link pautan, http://www.esyariah.gov.my/

Kompleks Kehakiman 1

Sekiranya anda sudah memohon bagi proses perceraian tersebut di malaysia, anda juga boleh untuk semak status tersebut dari masa ke semasa melalui link pautan seperti yang ada di bawah.

Begitu juga dengan yang mahu berkahwin, anda juga sebenarnya boleh ‘spy’ atau check status perkahwinan bakal pasangan anda secara online samada sudah berkahwin ataupun tidak.

Setiap daripada pasangan boleh mengetahui dengan lebih awal sebelum ingin memulakan langkah yang seterusnya.

Kepada anda semuanya boleh check secara online sekarang. Ianya dapat memudahkan anda dan rakyat Malaysia dengan kemudahan sistem online seperti ini.

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN

Untuk pengetahuan anda semua mengenai cara semak status perkahwinan, anda boleh terus check serta semak status perkahwinan/perceraian secara online sahaja di portal e-syariah dengan menggunakan no ic/no kad pengenalan anda.

PERKARA LINK PAUTAN
e-Syariah Semakan status online perkahwinan/perceraian dengan menggunakan no ic anda http://www.esyariah.gov.my/

Dalam sistem portal e-syariah online yang telah terpakai di semua negeri yang ada di malaysia samada di Kuala Lumpur KL, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang Penang, Labuan, Putrajaya, Melaka, negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Pahang, dan juga Selangor.

CARA DAFTAR E-SYARIAH

PERKARA LINK PAUTAN
Log masuk Link pautan agar dapat mendaftar e-syariah secara online http://www.esyariah.gov.my

PROSEDUR MAL/JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

  1. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan
  2. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Tinggi
  3. Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rendah
  4. Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Tinggi
  5. Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah
  6. Penerangan Kes Mal
  7. Pengkelasan Kes Mal
  8. Carta Aliran Kes Mal
  9. Carta Aliran Proses Nikah, Cerai dan Rujuk
  10. Prosedur Kes Mal

CONTOH KOD KES MAL MAHKAMAH SYARIAH

  • 001 Rayuan
  • 002 Permohonan Kebenaran Merayu
  • 003 Semakan
  • 004 Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
  • 005 Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
  • 006 Permohonan Pengesahtarafan Anak
  • 007 Tuntutan Pengesahan Waqaf
  • 008 Tuntutan Pengesahan Nazar
  • 009 Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  • 010 Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
  • 011 Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami
  • 012 Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
  • 013 Permohonan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
  • 014 Tuntutan Fasakh
  • 015 Permohonan Anggapan Mati
  • 016 Tuntutan Muta’ah
  • 017 Tuntutan Harta Sepencarian
  • 018 Tuntutan Nafkah Isteri
  • 019 Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
  • 020 Tuntutan Cagaran Nafkah
  • 021 Tuntutan Nafkah Eddah
  • 022 Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah anak/isteri/lain-lain
  • 023 Tuntutan Tunggakan Nafkah anak/isteri/lain-lain
  • 024 Tuntutan Nafkah Anak
  • 025 Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

CONTOH KES JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

  • 101 Rayuan
  • 102 Permohonan Kebenaran Merayu
  • 103 Semakan
  • 104 Pemujaan Salah
  • 105 Mendakwa Bukan Islam
  • 106 Takfir
  • 107 Doktrin Palsu
  • 108 Dakwaan Palsu
  • 109 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa
  • 110 Mengingkari Perintah Mahkamah
  • 111 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak
  • 112 Sumbang Mahram
  • 113 Muncikari
  • 114 Persediaan Bersetubuh Luar Nikah
  • 115 Hubungan Jenis Sesama Jantina
  • 116 Persetubuhan Bertentangan Dengan Hukum Tabi’i
  • 117 Memujuk Lari Perempuan Bersuami
  • 118 Menghasut Suami Isteri Supaya Bercerai
  • 119 Menjual/Memberikan Anak Kepada Bukan Islam
  • 120 Qazaf
  • 121 Liwat
  • 122 Musahaqah
  • 123 Mendirikan Masjid/Surau tanpa kebenaran
  • 124 Memujuk Lari Orang Perempuan
  • 125 Pecah Amanah

SOALAN LAZIM

1. Bilakah tarikh bahawa saya akan mendapat surat cerai?

Untuk Pengetahuan anda, Pejabat Agama Islam Daerah di tempat anda akan memaklumkan perkara tersebut kepada anda dari masa ke semasa.

Semoga dengan perkongsian mengenai e-syariah untuk semak status perkahwinan atau perceraian secara online dapat memudahkan urusan anda dari masa ke semasa. Insyaallah

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan