Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah Pengambilan Tahun 2022

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH 2022

Guru adalah suatu kerjaya profesional yang memerlukan kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi. Justeru itu, di Malaysia, sebelum seseorang calon diserap untuk masuk ke jawatan tetap perguruan, beliau mestilah mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.

Jika anda seorang graduan ijazah pertama yang telah berminat menjadi seorang guru tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut, anda masih lagi berpeluang untuk dilantik sebagai guru sekolah dengan mengikuti program DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH.

PENGENALAN UPLI UKM

Untuk makluman anda, Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah salah sebuah lontaran idea baru yang terhasil dari Fakulti Pendidikan UKM dengan kerjasama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) serta Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB).

Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah merupakan kursus yang telah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang akan dijalankan pada waktu cuti sekolah.

Demikian itu, jadual pembelajaran mengikut masa yang fleksibel. Peluang untuk melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Di Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKMShape dan juga KSBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma.

Mungkin ini adalah peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran yang berpatutan. Fakulti Pendidikan kini telah membuka tawaran kemasukan ke Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah bagi kemasukan oengambilan 2022.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan DPLI UKM Intake dijangka akan dibuka pada September 2022 dan pada bulan Jun/Julai 2022.

Pihak koperasi juga akan memaklumkan melalui group Telegram/Facebook/Website https://koperasisiswazah.com/ sekiranya permohonan akan dibuka nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat yang terbaru, jangan lupa untuk tekan like pada laman page Facebook Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah atau sertai group Telegram Intake 2022 untuk memudahkan lagi interaksi antara urusetia program dan juga bakal pelajar di pautan https://t.me/+SFdZ3DwktvlhNzU1

Leave a Comment