Makluman mengenai tawaran kemasukan ke Program Pengajian Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi sesi akademik 2022/2023 kini telah dibuka.
Lepasan SPM 2020 dan juga 2021 telah dialu-alukan untuk memohon.
Isi Kandungan
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Untuk makluman anda, antara program pengajian Diploma yang telah ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seperti yang berikut:
- Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919).
- Dploma Teknologii Makmal Perubatan (MQA/SWA0813).
- Diploma Radiografi (MQA/SWA0812).
TARIKH PERMOHONAN
Kepada calon yang berminat mestilah kemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk calon lepasan SPM yang ingin memohon hendaklah menepati syarat yang telah digariskan seperti berikut:
Syarat Kelayakan Akademik
- Diploma Kejururawatan:
- Calon mestilah memperolehi KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi).
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan:
- Calon hendaklah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Kimia dan Biologi).
- Diploma Radiografi:
- Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Fizik dan Biologi).
SYARAT KELAYAKAN YANG WAJIB
Selain dari kelayakan akademik, calon juga hendaklah memenuhi syarat kelayakan wajib seperti yang berikut:
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
- Mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan juga LULUS mata pelajaran Sejarah.
- Calon hendaklah berumur antara 18 hingga 25 tahun.
- Calon berstatus bujang.
- Sihat fizikal dan juga mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.
CARA MOHON
Kepada calon yang ingin memohon boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut:
- Buat pembelian no. Pin PPUM berharga RM10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 April 2022.
- Lengkapkan permohonan secara atas talian menerusi Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan di talian [email protected].
- Pastikan anda sertakan bersama no. pin dalam permohonan secara dalam talian (online).
Nota:
- Hanya calon Diploma Kejururawatan yang akan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Panggilan temu duga boleh disemak dengan menggunakan no. ID PPUM iaitu melalui http://spp.ummc.edu.my.
- Tiada sesi temu duga bagi calon Program Diploma Radiografi dan juga Program Diploma Teknologi Maklumat Perubatan.
- Sebarang maklumat tarikh temuduga bagi calon Diploma Kejururawatan serta tarikh pendaftaran kemasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai tawaran kemasukan program Diploma PPUM ini, anda boleh layari pautan http://www.ummc.edu.my/cohes
Calon juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui saluran berikut:
- Telefon: 03-2028 7047/03-2028 7070/03-2028 7077/03-2028 7015/03-2028 7010
- Emel: [email protected]