Tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 Khusus Buat Para Pelajar Diploma & Sarjana Mudah

Makluman kepada anda mengenai tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 kini telah dibuka untuk pelajar UTHM yang berkelayakan.

Untuk dermasiswa secara one-off ini telah diwujudkan bagi membantu para pelajar UTHM yang telah tergolong dalam B40 untuk meneruskan pengajian mereka di universiti tersebut.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman anda, kadar bantuan dermasiswa yang telah ditawarkan kepada pelajar yang layak dengan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM500 untuk setiap pelajar.

TARIKH MOHON

Bagi permohonan berikut boleh dilakukan secara atas talian bermula pada 1 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.

PERINGKAT PENGAJIAN

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti yang berikut:

  1. Diploma.
  2. Sarjana Muda.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk syarat permohonan bagi membolehkan para pelajar layak untuk menerima bantuan dermasiswa ini adalah seperti yang berikut:

  1. Pelajar yang berstatus aktif.
  2. Pelajar yang merupakan pelajar tempatan.
  3. Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak untuk memohon.
  4. Kategori yang pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan juga sedang melanjutkan pengajian).
  5. Kepada pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan juga bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.
  6. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan buat kali pertama sahaja serta dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)
  7. Untuk pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.
  8. Keutamaan diberikan kepada para pelajar yang aktif ko-kurikulum dan juga aktiviti kesukarelawanan.
  9. Tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib.

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan menerusi cara yang berikut iaitu:

  • Anda perlu klik pautan permohonan berikut https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6.
  • Lengkapkan borang permohonan online.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan sepenuhnya.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Dana Ihsan B40, anda boleh klik laman web https://hep.uthm.edu.my/ yang berkenaan.

Leave a Comment