DIS: Permohonan Data Internet Selangor Secara Percuma Selama 12 Bulan

Untuk makluman, mulai Oktober 2021, kepada golongan sasaran akan berpeluang menerima Data Internet Selangor secara percuma.

Program Data Internet Selangor ini akan dapat memanfaatkan 70,000 golongan yang sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas serta pekerja ekonomi sampingan.

Bantuan ini selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang telah ditawarkan di bawah program DIS akan diberikan data internet secara percuma dengan berdasarkan kuota yang diperuntukkan bagi tempoh 12 bulan.

Berikut akan dikongsikan lebih lanjut mengenai syarat-syarat serta cara membuat permohonan Data Internet Selangor ini.

PENGENALAN DATA INTERNET SELANGOR (DIS)

Kepada golongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma dengan berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (TELCO), adalah bertujuan memberi bantuan kad SIM.

Dengan menerusi inisiatif ini, MBI akan membayar subsidi terus kepada syarikat telekomunikasi.

*Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor serta termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di bawah.

GOLONGAN SASARAN/SYARAT KELAYAKAN

  • Golongan sasar yang telah dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor.
  • Para penjaja yang telah berdaftar dengan PLATS/ /berlesen dengan PBT di Selangor.
  • GRAB riders yang bermastautin di Selangor.
  • Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) serta Yayasan Selangor.
  • Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor.
  • Ketua-ketua kampung bagan di Selangor.
  • Ketua-ketua komuniti India di Selangor.
  • Nazir, imam, bilal serta siak di Selangor.
  • Golongan petani di Selangor.
  • Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor.
  • Komuniti Orang Asal di Selangor.
  • Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar.

PAKEJ YANG TELAH DITAWARKAN

Untuk makluman anda, Pakej internet percuma yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

TARIKH PENDAFTARAN

  • Pendaftaran akan dibuka bermula dari 15 Julai 2021.
  • Pendaftaran insentif akan ditutup pada 15 September 2021.
  • Pemohon dijangka akan menerima kad sim bermula pada 1 Oktober 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN DATA INTERNET SELANGOR

Golongan sasaran serta individu yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan butiran seperti yang berikut:

  • Nama penuh seperti di dalam kad pengenalan.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Alamat rumah (bukti bermastautin di Selangor).
  • Nombor telefon untuk dihubungi.
  • TELCO pilihan.

Cara membuat permohonan adalah bergantung kepada segmen sasaran, sila rujuk jadual berikut:

Segmen Sasaran Cara Memohon
Pemohon-pemohon yang ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN Hubungi senarai wakil DUN
Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor Hubungi institusi-institusi berkenaan
Ketua-ketua kampung, Setiausaha MPKK di Selangor YB Tuan Borhan Bin Aman Shah
Exco Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan
Ketua-ketua kampung bagan di Selangor YB Tuan Ng Tze Han
Exco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan Awam
Ketua-ketua komuniti India di Selangor YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja & Kerajaan Prihatin
Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal
Golongan petani di Selangor YB Tuan Ir Izham Bin Hashim
Exco Infrastruktur Dan Pertanian
Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor YB Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga
Komuniti Orang Asal di Selangor YB Tuan Hee Loy Sian
Exco Pelancongan Dan Alam Sekitar
GRAB riders yang bermastautin di Selangor Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan
Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN YANG BERJAYA

Pemohon yang telah berjaya akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Sila emelkan pertanyaan kepada [email protected]

atau layari https://dis.borangmbiselangor.com/

Apakah Inisiatif Data Internet Selangor (DIS)?
Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (KNS) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (TELCO), untuk bertujuan memberi bantuan kad SIM.

Selama 12 bulan, penerima yang telah melanggani pakej data internet yang telah ditawarkan di bawah program DIS akan diberikan data internet secara percuma dengan berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh selama 12 bulan.

Bilakah inisiatif Data Internet Selangor bermula?
Permohonan dibuka: 15 Julai 2021.
Permohonan ditutup: 15 September 2021.
Pengguna terima Kad SIM DIS: Bermula 1 Oktober 2021.

Sekiranya saya berhenti menggunakan kad SIM tersebut, adakah penalti akan dikenakan?
Sekiranya pengguna telah didapati tidak menggunakan kad SIM tersebut (contoh: pihak TELCO telah melaporkan pengguna tidak menggunakan sebarang data langsung dalam tempoh 1 bulan), maka pihak MBI dalam budi bicara mutlak berhak untuk tidak membayar subsidi DIS untuk bulan tersebut/menghentikan subsidi tersebut.

Siapakah yang layak untuk memohon inisiatif ini?
– Golongan sasar yang telah dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor.
– Para penjaja yang telah berdaftar dengan PLATS/berlesen dengan PBT di Selangor.
– GRAB riders yang telah bermastautin di Selangor.
– Para pelajar UNISEL, KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) serta Yayasan Selangor.
– Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor.
– Nazir, imam, bilal serta siak di Selangor.
– Ketua-ketua kampung bagan di Selangor.
– Ketua-ketua komuniti India di Selangor.
– Golongan petani di Selangor.
– Komuniti Orang Asal di Selangor.
– Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor.
– Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar.

Leave a Comment