Pendaftaran Menjadi Sukarelawan SUKMA XX & PARA SUKMA XX MSN 2022 Kini Telah Dibuka

Sukacita dimaklumkan mengenai pendaftaran sebagai sukarelawan SUKMA XX serta PARA SUKMA XX MSN 2022.

Pendaftaran telah dibuka mulai pada 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai skop kerja dan juga tugasan bagi sukarelawan SUKMA 2022.

PENGENALAN PROGRAM SUKARELAWAN TEMASYA SUKAN MALAYSIA XX MSN 2022 DAN PARA SUKMA XX MSN 2022

Untuk pengetahuan anda, Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan juga Para SUKMA XX MSN 2022 merupakan satu landasan bagi rakyat Malaysia turut serta dan juga memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang telah mempunyai pelbagai acara sukan dan juga telah melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan juga Para SUKMA XX MSN 2022 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

SUMBANGAN ANDA SEBAGAI SUKARELAWAN

Untuk makluman, sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda merupakan tulang belakang temasya ini.

Oleh dengan itu, anda diperlukan bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan juga ikhlas.

Pihak MSN memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, tolong-menolong serta memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUKARELAWAN

Setiap sukarelawan akan bertugas antara salah satu dari 9 bidang tugasan seperti yang telah dinyatakan di senarai yang ada dibawah.

Dengan secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan juga Para SUKMA XX MSN 2022 telah menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.

Apabila telah ditugaskan nanti, untuk setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang telah diberikan.

TUGASAN AM SUKARELAWAN 2022

  • Anti Doping
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Pengangkutan
  • Media
  • Kesihatan Dan Perubatan
  • Sajian
  • Penginapan
  • Persiapan Venue

TARIKH MULA SUKMA XX 2022

Tarikh mula SUKMA adalah pada 16 September 2022 sehingga 24 September 2022.

TARIKH MULA PARA SUKMA XX 2022

Tarikh mula PARA SUKMA adalah pasa 01 November 2022 sehingga 06 November 2022.

CARA MOHON

Anda juga boleh terus Scan QR code yang telah dipaparkan dalam pautan yang ada di bawah untuk terma, syarat dan juga borang pendaftaran.

Untuk membuat pendaftaran dan juga maklumat lanjut, anda boleh layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut anda boleh pergi ke pautan yang berikut:

  • Rujuk perincian bidang tugas di SINI.
  • Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Leave a Comment