Cara Daftar MyWira, Login & Cara Membuat Semakan Penyata Caruman

Untuk makluman anda, Portal i-Wira dan aplikasi MyWira telah menawarkan pelbagai perkhidmatan online untuk pencarum LTAT, pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai aplikasi ini untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

PENGENALAN LTAT

Untuk pengetahuan anda, LTAT ialah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 untuk mengadakan faedah-faedah persaraan serta faedah-faedah lain kepada pencarum wajib LTAT, yang terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dan juga Anggota Lain-Lain Pangkat berserta dengan pencarum sukarela yang terdiri daripada Pegawai ATM dan juga Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).

PENCARUM WAJIB LTAT

Demikian, Pencarum Wajib LTAT yang terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang telah diwajibkan sebanyak 10% daripada gaji bulanan dan juga 15% sumbangan kerajaan secara notional dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan iaitu sebanyak 10% dari gaji bulanan tambah 15% sumbangan Kerajaan.

Jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada setiap bulan ialah bersamaan 25%.

Untuk Pegawai Tetap ATM yang ditauliahkan selepas 1 Januari 2016 diwajibkan untuk mencarum dan Anggota ATM Lain-lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik setelah potongan yang pertama caruman bulanan diterima oleh LTAT dari UGAT.

Bagi potongan caruman bulanan akan dibuat ke atas penggajian bulanan anggota dan juga akan dimajukan pada setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

PENGENALAN i-WIRA

Untuk makluman anda, antara perkhidmatan yang telah ditawarkan untuk pengguna i-Wira termasuklah:

  • Menyemak penyata Caruman LTAT pada tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak maklumat penamaan waris.
  • Menyemak Dana Unit Amanah Affin Hwang.
  • Menyemak sejarah pengeluaran caruman.
  • Membuat aduan, pertanyaan serta cadangan.

CARA DAFTAR i-WIRA

  1. Anda perlu klik URL iwira.ltat.org.my pada browser internet anda (Dicadangkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox).
  2. Paparan seperti gambar rajah dibawah akan muncul.
  3. Klik pada butang ‘LOG MASUK’.
  4. Lalu klik pada pautan ‘Pendaftaran i-Wira’.
  5. Anda perlu isi semua butiran yang dikehendaki lalu tekan butang ‘Daftar’.
    • No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll).
    • Emel – (alamat emel anda yang aktif).
    • SecureWord – aperkataan yang tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
    • SecureWord merupakan pengesahan tambahan yang akan digunakan oleh Sistem i-Wira LTAT untuk mengesahkan bahawa halaman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang asli. Anda juga dikehendaki untuk memasukkan SecureWord anda (apa-apa perkataan sahaja) semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Log masuk berikutnya akan memaparkan SecureWord anda. SecureWord anda BUKAN Kata Laluan Sistem i-Wira. JANGAN menetapkan SecureWord anda sama seperti Kata Laluan/No. Tentera anda.
    • Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda dan anda perlu ingat.
    • Panjang Kata Laluan mestilah 8 aksara atau lebih dan perlulah memenuhi 4 jenis aksara berikut: Huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123] dan simbol [@ #$].
    • Sah Kata Laluan – anda perlu masukkan semula kata laluan yang sama untuk membuat pengesahan.
  6. Klik pada pendaftaran i-Wira
  7. Selepas pendaftaran selesai dibuat, anda akan menerima satu emel pengaktifan akaun i-Wira pada emel yang didaftarkan (Sila semak juga pada ‘folder SPAM’ atau ‘JUNK’).
  8. Anda mestilah klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.
    Sekiranya pautantidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin dan tampal pada address bar di ‘browser’ internet lalu anda tekan ‘Enter’.
    Pautan yang dihantar ke emel anda hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang ‘Daftar’.

Anda juga boleh rujuk manual penuh: http://www.ltat.org.my/borg/panduaniWira.pdf

CARA MAMBUAT SEMAKAN PENYATA CARUMAN

Anda hendaklah mempunyai Nombor Tentera dan juga kata laluan i-Wira. Sekiranya tiada, anda perlu mendaftar dengan terlebih dahulu.

Sekiranya anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira lalu klik pada pautan tab ‘Penyata’.

PENGENALAN APLIKASI MyWIRA

Untuk pengetahuan anda, aplikasi mudah alih MyWIRA adalah untuk mengakses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kepada pengguna i-Wira yang sedia ada boleh menggunakan akaun dan juga kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

CARA DAFTAF MyWIRA

  • Anda perlu muat turun aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.
  • Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • Isikan butiran diri anda yang tepat. Anda perlu pastikan nombor telefon dan juga emel yang digunakan adalah aktif.
  • Anda perlu isi KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar/emel yang telah anda daftarkan ke di dalam kotak berkenaan.
  • Sekiranya pendaftaran telah berjaya. Tekan SELESAI dan anda sudah boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda.

NOTA: Kepada pengguna i-Wira yang sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan juga kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi ini.

MUAT TURUN APLIKASI MyWIRA

Anda boleh muat turun aplikasi MyWira dengan melalui Apple App Store atau Google Play Store di pautan https://www.ltat.org.my/members/mywira/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info yang lanjut, anda boleh rujuk:

Leave a Comment