Renew SSM: Cara Renew SSM Di Laman EzBiz

Untuk makluman anda SSM telah menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan sama ada dengan secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh renew SSM online saja.

Memang sangat rugi kalau perniagaan yang telah didaftarkan dibiarkan expired begitu saja, sebab kalau SSM tamat tempoh melebihi dari setahun, kita sudah tidak boleh perbaharui lesen itu lagi.

Pada masa ni kita dah boleh perbaharui lesen SSM secara atas talian sahaja tanpa perlu ke kaunter lagi.

Tapi anda mestilah berhati-hati kerana banyak laman web pihak ketiga yang telah menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Ada juga yang menaikkan harga berkali ganda berbanding dengan harga sebenar yang dicaj oleh SSM.

Oleh dengan itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang telah menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Maka, pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di: https://ezbiz.ssm.com.my/

SSM 1

Transaksi Dengan EzBiz 1

CARA MEMPERBAHARUI SSM ONLINE MELALUI EzBiz

Untuk pengetahuan anda di sini kami akan terangkan cara membuat pembaharuan pendaftaran EEM (renew SSM online) melalui ezBiz.

Panduan Pengguna SSM 1

Langkah-langkahnya adalah seperti yang berikut:

  1. Anda pergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login dengan menggunakan ID serta kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan.
  3. Klik pada bahagian ‘My Business Service’.
  4. Lalu anda pilih ‘Renewal by Owners’.
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Sila klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan lalu lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1).
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun).
  9. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran telah dibuat.

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online akan dilakukan secara auto approved.

CARA MENGAKTIFKAN ID EzBiz UNTUK PENGGUNA KALI PERTAMA

Jika anda merupakan pengguna kali pertama yang belum berdaftar, sila rujuk langkah berikut untuk mengaktifkan ID ezBiz SSM online.

LANGKAH 1:

Pertama sekali, anda perlu layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/

Tekan butang sign up untuk mendaftar (sekiranya anda pengguna buat kali pertama).

Pelanggan mestilah mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online dengan terlebih dahulu.

Tekan butang ‘Sign Up’ lalu anda isikan maklumat No IC dan juga Nama penuh seperti dalam kad pengenalan anda.

LANGKAH 2:

Kemudian anda log masuk seperti biasa.

Pelanggan akan menerima satu e-mel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya lalu pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.

LANGKAH 3:

Setelah anda mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan dengan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.

MUAT TURUN APLIKASI MySSM

Anda mestilah Muat turun MySSM untuk urusan e-Perkhidmatan anda.

Hanya ada 3 langkah mudah sahaja:

  1. Cari aplikasi mobil “MySSM” di Google Play (Android) atau Apple Store (iOS):
  2. Muat turun aplikasi mobil “MySSM” di telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, anda boleh gunakan aplikasi mobil “MySSM” tersebut.

Aplikasi MySSM 1

CARA RENEW SSM SECARA MANUAL

Sekiranya anda lebih sukakan cara manual lalu pergi ke kaunter, anda boleh berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan dengan melalui kaedah temujanji untuk elak beratur panjang.

Borang temujanji: https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx

Selain di Pejabat atau Cawangan SSM, kini anda juga boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di BSN atau Bank Rakyat juga.

Cara Renew SSM 1

SYARAT RENEW LESEN PERNIAGAAN SSM

  1. Kepada pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja akan dibenarkan untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui pada bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga 12 bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

HARGA RENEW LESEN SSM

Fi yang akan akan dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.

  1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.

YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SSM EXPIRED LEBIH SETAHUN

Untuk makluman anda seperti yang telah dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak boleh lagi diperbaharui.

Jadi, yang perlu anda lakukan sekiranya anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut adalah.

Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu iaitu dengan menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu).

Sekiranya nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama perniagaan tersebut boleh digunakan.

Namun demikian dengan itu, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan.

Dalam pada masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran hanya RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (sekiranya perlu).

Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut atau update yang terkini mengenai SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi yang berikut:

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan