Cara Daftar Perkeso Untuk Majikan & Kerja Sendiri

Sekiranya anda sedang bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri, anda pastinya sudah banyak kali mendengar mengenai PERKESO atau dalam bahasa Inggerisnya iaitu disebut sebagai SOSCO.

PENGENALAN PERKESO

Untuk makluman anda, PERKESO merupakan satu ringkasan bagi Pertubuhan Keselamatan sosial dan ianya adalah merupakan sebuah agensi kerajaan yang telah ditubuhkan untuk menyediakan pekerja dalam sektor swasta bagi perlindungan keselamatan sosial.

Keperluan perlindungan sosial ini selari dengan kewajipan yang telah termaktub dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Perlindungan keselamatan sosial adalah merupakan sebuah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang telah dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Menurut daripada laman web PERKESO sendiri, sehingga kini 7 juta orang pekerja sedang dilindungi dalam pelbagai skim perlindungan yang telah disediakan oleh pihak PERKESO.

PERANAN PERKESO/SOCSO

Peranan Perkeso 1

Untuk pengetahuan anda, PERKESO mempunyai beberapa tanggungjawab utama antaranya adalah:

  • Promosi kesedaran keselamat dan juga kesihatan pekerja.
  • Mengumpul sumbangan dari pekerja dan juga majikan.
  • Menguruskan pendaftaran pekerja dan juga majikan.
  • Menyediakan faedah pemuliahan fizik dan vokasional.
  • Bayaran faedah kepada pekerja atau tanggungan mereka sekiranya berlaku sebarang kemalangan kepada mereka.

PERKESO BAGI KERJA SENDIRI

Sukacita dimaklumkan mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang sedang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Skim ini telah memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk juga dengan penyakit pekerjaan dan juga kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan kad PSV/profil e-hailing/permit/lesen/sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang telah dipilih.

Skim Keselamatan 1

CARA MAJIKAN DAFTAR PERKESO UNTUK PEKERJA

Pekerja mestilah didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh mula diambil bekerja.

Majikan atau pun pekerja boleh mendaftar SOCSO atau PERKESO dengan mengisi Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan juga Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja).

Pendaftaran boleh dilakukan iaitu dengan melalui:

  • Kaunter PERKESO.
  • Melalui Indentiti Korporat Malaysia (My COID).

PROSES DAFTAR PERKESO PEKERJA

Untuk daftar SOCSO pekerja, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Anda perlu Muat Turun borang yang telah disenaraikan dalam laman web PERKESO
  • Lengkapkan kesemua borang yang telah dimuat turun.
  • Sediakan salinan surat/dokumen yang diperlukan.
  • Anda perlu dapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST).
  • Emelkan Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke [email protected]
  • Anda perlu log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang pendaftaran serta dokumen sokongan.

SIMPANAN DAFTAR REKOD PEKERJA

Setelah selesai mendaftar SOCSO pekerja, setiap majikan juga bertanggungjawab untuk menyimpan dan juga menyelenggara rekod daftar pekerja terutamanya yang mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
  • Pekerjaan
  • Butiran Caruman
  • Gaji Bulanan
  • Elaun-elaun

Untuk kesemua rekod ini mestilah disimpan oleh majikan sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh akhir pekerja bekhidmat dengan majikan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkeso anda boleh hubungi talian yang ada di bawah:

Leave a Comment