Kempen Membuka Akaun Tabung Haji (VAO) & Mendapat Tabung Percuma

Berita baik untuk anda semua, di sini kami akan kongsikan bagaimana CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE & Kempen Pembukaan Akaun Secara Maya pada 9 September 2021, 10 Oktober 2021, 11 November 2021 atau 12 Disember 2021.

Sebanyak 999 buah Tabung Wang TH untuk 999 pendeposit yang terawal melakukan Pembukaan Akaun Secara Maya (Virtual Account Opening) pada tarikh berikut:

  • 9.9.2021
  • 10.10.2021
  • 11.11.2021
  • 12.12.2021

Anda perlu buka akaun TH secara maya pada tarikh ini serta berpeluang untuk memiliki Tabung Wang TH.

Daftar VAO, lalu semak pengumuman di media sosial serta website TH, sahkan akaun di cawangan yang dipilih dan dapat Tabung Wang TH!

Sekiranya anda berminat. Jom kami akan kongsikan cara untuk buka akaun TH online serta syarat-syarat untuk anda untuk mendapatkan tabung ekslusif TH.

Buka Akaun Secara Maya 1

KEMPEN BUKA AKAUN TH SECARA MAYA (VAO)

Maklumat Kempen

  1. Terbuka untuk semua pembukaan akaun yang baru secara maya.
  2. Daftar VAO pada 9 September 2021, 10 Oktober 2021, 11 November 2021 ataupun 12 Disember 2021 bagi melayakkan penyertaan.
  3. Ianya terhad kepada jumlah pendeposit terawal yang ditetapkan pada setiap tarikh yang telah ditetapkan.

Syarat Mendapatkan Tabung TH Percuma

  1. Pembukaan akaun baru akan dibuat secara dalam talian menerusi VAO.
  2. Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu memilih satu cawangan TH bagi melakukan urusan pengesahan.
  3. Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya telah layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di media sosial serta laman web TH.
  4. Tuntutan boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik lalu pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran VAO.
  5. Pengesahan akaun akan dibuat dengan syarat deposit minimum RM 100.
  6. Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan yang lain, tidak memenuhi syarat deposit minimum atau melebihi tempoh pengesahan akaun.
  7. Pendeposit yang telah memenuhi syarat serta kelayakan kempen akan menerima Tabung Wang TH selepas pengesahan akaun dibuat.
  8. Keputusan TH adalah muktamad dan berhak meminda tarikh pengumuman tanpa notis.

Tempoh Kempen

  1. Terhad kepada tarikh 9 September 2021, 10 Oktober 2021, 11 November 2021 atau 12 Disember 2021 sahaja.
  2. Pihak TH berhak untuk menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tersebut.
  3. Dengan penyertaan kempen ini, peserta akan dianggap bersetuju serta faham dengan terma & syarat.

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE (VAO)

Untuk pengetahuan anda pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) serta TH Komuniti.

Syarat-Syarat:

  • Beragama Islam dan waras.
  • Warganegara Malaysia.

Dua Kategori Akaun:

  • Akaun Dewasa.
  • Akaun Kanak-kanak.

Akaun Dewasa:

  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh dari lahir.
  • Mestilah membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.

Akaun Kanak-Kanak:

  • Di bawah umur 18 tahun dan mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 serta Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH serta merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu sahaja penjaga yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjagamestilah membawa bersama sijil kelahiran serta dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid serta salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

NOTA:

  • Penjaga dinasihatkan agar menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut serta pendeposit tersebut mestilah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai 18 tahun.

CARA MEMBUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE

Pembukaan Akaun Secara Maya atau dikenali sebagai Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan serta aplikasi THiJARI.

Kepada pendeposit hanya perlu untuk melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad serta amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Pembukaan Akaun 1

Sila rujuk langkah di bawah ini:

  1. Anda perlu layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  3. Isikan maklumat dalam borang online yang telah disediakan.
  4. Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad beserta amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik serta dokumen pengenalan.
  5. Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!

THiJARI 1

NOTA: Sekiranya anda telah mempunyai akaun Tabung Haji dan ingin mengaktifkannya semula secara online, sila rujuk: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi nombor yang telah tertera di bawah ini atau muat turun aplikasi THiJARI atau anda boleh email pihak yang berkenaan ataupun anda boleh layari laman web yang ada di bawah ini.

📞: +603-62071919(THCC)
📱: Muat turun aplikasi THiJARI
📧: [email protected]
🌐: https://www.tabunghaji.gov.my/

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan