BPR Fasa 3: Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga

Info Terkini BPR Fasa 3

Ramai yang ternya-tanya bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima.
Makluman untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, di sini akan dikongsikan tarikh semakan status dan maklumat pembayaran serta baki bayaran yang akan diterima mengikut kategori.

 

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.

 

bpr 2021

 

Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangkan akan diterima pada bulan September 2021.

 

bpr fasa 3 september

 

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

 

bpr fasa 3

 

Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

 

bpr fasa 3 bujang

 

Cara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

 

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan