BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Pembayaran

MAKLUMAN UNTUK TARIKH BAYARAN BKC FASA 2 & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Untuk pengetahuan anda bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.

Untuk pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun dengan itu tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut kami akan kongsikan mengenai jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran serta kategori penerima yang layak untuk menerimanya.

MAKSUD BANTUAN KHAS COVID-19

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah merupakan bantuan tunai langsung yang telah disediakan oleh Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup serta beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN/SYARAT KELAYAKAN

Anda tidak perlu lagi untuk membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan dengan data sedia ada seperti yang berikut:

Kategori Penerima/Data Bantuan.

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021.
  2. B40 – Permohonan BPR 2021.
  3. M40 – Percukaian (LHDNM).

JUMLAH BANTUAN BKC FASA 2

Untuk kategori penerima yang layak untuk menerima BKC adalah seperti yang berikut:

  1. Miskin tegar.
  2. B40.
  3. M40.

Perincian jumlah bantuan BKC yang telah diumumkan adalah seperti yang berikut:

  • Untuk isi rumah kategori Miskin Tegar akan bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Individu bujang kategori Miskin Tegar akan bakal menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) lalu RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Untuk isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) lalu RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Bujang kategori B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
  • Isi rumah kategori M40 juga turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

TARIKH BAYARAN BKC FASA 2

Untuk pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.

  • Fasa 1 – September 2021.
  • Fasa 2 – November 2021.
  • Fasa 3 – Disember 2021.

Anda boleh rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori seperti yang berikut:

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  2. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  3. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 2

A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE

Anda boleh membuat semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my

Semakan boleh dibuat seperti yang berikut:

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status.
  2. Masukkan Nombor MyKad.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  4. Masukkan Kata Laluan.
  5. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL/TELEFON

Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS.

Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN, anda mestilah membuat temujanji terlebih dahulu.

TERLUPA KATA LALUAN BKC

Jika anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan lalu akaun disekat, anda boleh untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih lagi terlupa, anda boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau pergi Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC anda telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC lalu menjawab soalan keselamatan yang akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Leave a Comment