Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Khusus Bagi Program sarjana

Hebahan mengenai tawaran Biasiswa Yayasan UMP kini telah dibuka bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana sama ada penyelidikan, kerja kursus mahupun mod campuran.

Untuk makluman anda, Yayasan UMP komited bagi mengumpul serta mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP untuk membiayai program pendidikan, kemasyarakatan di samping juga menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang diperlukan oleh para pelajar serta pihak universiti.

Program Pengajian

Sukacita dimaklumkan Program pengajian untuk pelajar yang ingin memohon mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, tarikh tutup permohonan bagi biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2022.

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar sarjana UMP perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut:

1) Penyelidikan

  • Skim ini telah diberikan kepada para pelajar tempatan sarjana secara penyelidikan dan Mod Pengajian secara sepenuh masa yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  • Kepada para pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan untuk menerima biasiswa atau pembiayaan yang lain. Walau bagaimanapun, pengecualian akan diberikan tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang berikut:
    • Kepada para pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan juga tidak mempunyai pendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ianya bukanlah biasiswa penuh.
    • Untuk pelajar kategori kakitangan swasta dan juga pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja yang lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ianya bukanlah biasiswa penuh.
  • Kepada para pelajar yang sedang dalam pengajian layak untuk memohon biasiswa ini sekiranya masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Untuk tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  • Sekiranya para pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester yang berikutnya.

Biasiswa Yayasan 1

2) Kerja Kursus dan Mod Campuran

  • Skim ini akan diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan juga pengajian secara sepenuh yang akan diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  • Keutamaan ini akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pun pembangunan produk baharu.
  • Pelajar yang telah mendapat skim ini tidak dibenarkan untuk menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian akan diberikan tertakluk dengan syarat-syarat seperti yang berikut:
    • Untuk para pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan juga tidak mempunyai pendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ianya bukanlah biasiswa penuh.
    • Kepada pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS pula boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ianya bukanlah biasiswa penuh.
  • Untuk pelajar yang sedang dalam pengajian layak untuk memohon biasiswa ini sekiranya masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.
  • Bagi tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  • Sekiranya pelajar memohon biasiswa di akhir semester, pelajar akan ditaja mulai semester yang berikutnya.

CARA MOHON

Untuk pengetahuan anda, pelajar boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti yang berikut:

  1. Sila layari pautan permohonan berikut iaitu:
  2. Anda perlu isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan juga betul.
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap paparan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Untuk keputusan permohonan bagi biasiswa ini dijangka akan diumumkan selepas pada 45 hari dari tarikh tutup permohonan.

Justeru dengan itu, kepada mana-mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari dianggap tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP, anda boleh hubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau anda boleh terus email ke [email protected]

Leave a Comment