Bantuan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi (Atlit Cemerlang IPT 2022)

Untuk makluman anda, terdapat berita baik buat para atlit yang cemerlang dalam bidang sukan dan juga berhasrat untuk meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022 kini telah dibuka.

Sukacita dimaklumkan, biasiswa ini merupakan salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam arena sukan sdan juga mempunyai potensi akademik yang baik bagi meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran biasiswa ini telah terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Majlis Sukan Negara (MSN).

ELAUN & KEMUDAHAN YANG TELAH DITAWARKAN

Kepada pemegang biasiswa akan bakal menerima elaun dan juga kemudahan seperti yang berikut:

  • Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  • Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis serta elaun latihan
    amali/kertas projek adalah mengikut dengan kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Perlindungan insurans sukan.
  • Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:
    • Kategori 1: RM12,000 setahun/RM1,000 sebulan.
    • Kategori 2: RM6,000 setahun/RM500 sebulan.
    • Kategori 3: RM3,000 setahun/RM250 sebulan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, tarikh permohonan untuk biasiswa ini telah dibuka mulai 25 Mei 2022 sehingga 8 Jun 2022 secara atas talian.

SYARAT PERMOHONAN

Kepada calon yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Mestilah warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan yang berikut pada tarikh tutup permohonan:
    • 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/Dr. Falsafah).
    • 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama.
    • 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma.
  • Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan juga IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, untuk kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan juga pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta dan yang lain semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.
  • Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
  • Kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka mestilah:
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester yang terkini sebelum tarikh tutup permohonan.
    • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan keatas di mana mana IPT.
  • Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/Sukan Universiti ASEAN (SUA)/Kejohanan Kebangsaan yang telah diiktiraf atau Pingat Emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

CARA MOHON

Untuk makluman anda, permohonan boleh dibuat dengan menerusi kaedah seperti yang berikut:

  • Anda boleh Layari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/
  • Klik pada bahagian “Pengguna Baru?”.
  • Anda perlu masukkan maklumat pendaftaran lalu klik butang “Daftar”.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan juga kata laluan.
  • Ikut arahan serta lengkapkan borang permohonan.
  • Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat telah diisi.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022, anda boleh layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.

Leave a Comment