Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022

MAKLUMAN MENGENAI SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL 2022

Untuk makluman anda Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 telah mula dibuka dari 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.

Permohonan ini juga telah melibatkan kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022, anjuran Program Pembangunan Pendidikan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan juga Adat Melayu Perak.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022.

PENGENALAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPk 2022

Untuk pengetahuan anda, skim bantuan ini telah diwujudkan bagi membantu pelajar yang berpotensi dari golongan yang memerlukan.

Manfaatnya adalah:

  • Menerima biasiswa tahunan.
  • Berpeluang untuk mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang untuk menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

SYARAT PERMOHONAN

SYARAT UMUM:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  • Permohonan hanya akan terbuka kepada pelajar tingkatan satu, empat dan lima sahaja.
  • Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir/Miskin (tertakluk had kifayah).
  • Tidak menerima sebarang bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak/agensi.

SYARAT KHUSUS:

  • Pelajar Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022.
  • Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
  • Pencapaian pelajar hendaklah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.

RUJUK SYARAT PENUH di pautan https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/info/news/1696-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal.html

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat, anda perlu dapatkan BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL dengan segera daripada pejabat MAIPk terdekat atau anda boleh muat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan yang berikut:

https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwAR3l0m-xESJxyc0_JNs91gqwdWeuwHxeSi8uZ4CefFqOifED6kfA4FcJlu4

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

  1. Kad pengenalan Pemohon.
  2. Kad pengenalan Ibubapa.
  3. Slip gaji/pengesahan pendapatan ibubapa.
  4. Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah.

Anda perlu menghantar borang serta dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat yang berikut:

  • Unit Pembangunan Pendidikan,
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Untuk mendapatkan makluman lanjut, sila hubungi nombor di talian yang berikut:

  • 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

TARIKH MEMBUAT PERMOHONAN

  • Tarikh buka permohonan: 21 Mac 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 15 April 2022

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Zakat Perak atau hubungi saluran berikut:

  • 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)
  • Unit Pembangunan Pendidikan,
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Leave a Comment