Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 Kini Telah Dibuka

Sukacita dimaklumkan kerana terdapat berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah pun dibuka.

Biasiswa ini telah dibuka untuk calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan juga Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai biasiswa ini dan juga butiran lanjut permohonan.

PENGENALAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2022

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Negeri Sabah telah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan juga Sarjana.

Syarat utama permohonan adalah pemohon dan juga ibu bapa mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu atau bapa berasal dari Sabah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 ini telah dibuka mulai 21 Jun 2022 dan tarikh tutup permohonan pula adalah pada 2 Julai 2022 lalu permohonan selepas daripada tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan lagi.

BIDANG PENGAJIAN

Untuk makluman anda, biasiswa ini hanya ditawarkan bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang-bidang yang tertentu sahaja bagi menampung kekurangan sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang yang telah dianggap kritikal.

1) Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT):

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • PengurusanĀ Teknologi Maklumat
  • Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

2) Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT):

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan & Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Pengajian Islam
  • Seni Bina (Architecture)
  • Bahasa Inggeris
  • Seni Kreatif
  • Bahasa Cina
  • Ukur Bahan
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang
  • Perlombongan & Geologi
  • Renewable Energy
  • Oil & Gas

3) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT):

  • Bidang pengajian untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

4) Pengajian ke Luar Negara:

  • Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka yang ada di dunia.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, hanya calon-calon yang telah memenuhi syarat kelayakan berikut yang akan dipertimbangkan untuk biasiswa ini:

  1. Pemohon dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu atau bapa berasal dari Sabah.
  2. Melepasi syarat-syarat akademik untuk setiap peringkat dan juga bidanng pengajian seperti yang telah dipaparkan dalam Iklan BKNS Tahun 2022 di pautan https://biasiswa.sabah.gov.my/iklan-bkns-2022.pdf

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohona secara dalam talian melalui laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang maklumat tambahan atau anda mempunyai sebarang persoalan, boleh berhubung dengan:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
    Bahagian Biasiswa Negeri
    Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu
    Jalan Sulaman,
    Teeluk Likas
    88400 Kota Kinabalu
  • Tel: 088-368600, 088 -368676
  • Emel: bkns. [email protected]

IKLAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022

Leave a Comment