Makluman mengenai tawaran untuk Biasiswa Gamuda kini telah dibuka. Kepada para pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.
Isi Kandungan
PENGENALAN BIASISWA GAMUDA
Untuk pengetahuan anda Biasiswa Gamuda merupakan salah satu program yang telah digerakkan oleh Yayasan Gamuda bagi membantu ramai graduan untuk mengubah kehidupan, perspektif dan juga kerjaya mereka.
Pada setiap tahun, Biasiswa Gamuda telah memberi peluang kepada puluhan graduan untuk mengikuti bidang pengajian yang mereka minati di universiti yang terkemuka dalam dan juga luar negara.
MANFAAT BIASISWA GAMUDA
Antara kelebihan yang telah ditawarkan kepada penerima biasiswa Gamuda ialah:
1) Bantuan Kewangan
Kepada penerima biasiswa akan menerima bantuan dalam bentuk kewangan yang mengikuti program ijazah pertama mereka.
Bantuan kewangan akan diberikan untuk membiaya yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba serta tambang penerbangan (untuk pelajar yang menuntut di universiti luar negara).
2) Peluang Penempatan
Kepada penerima biasiswa juga akan berpeluang untuk jalani latihan amali dan peluang penempatan kerja dalam kumpulan Syarikat Gamuda selepas tamat pengajian.
3) Program Penglibatan Dan Juga Pembangunan Pengurusan (SEDP)
Program yang telah dikhaskan bagi penerima biasiswa ini akan dapat memantapkan lagi kemahiran kepimpinan serta aspek yang berkaitan demi melatih siswa sebagai ahli profesional apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
TARIKH PERMOHONAN
Untuk makluman anda, permohonan biasiswa ini akan dibuka sehingga 31 Mei 2022.
Kursus Pengajian Yang Layak Untuk Memohon
Sukacita dimaklumkan, biasiswa ini terbuka kepada siswa lepasan Pra-Universiti dan juga pelajar ijazah sepenuh masa pertama yang sedang mengikuti salah satu bidang pengajian yang berikut:
- Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian).
- Sains Alam Sekitar dan Kelestarian/Hortikultur/Pengurusan Biodiversiti.
- Ukur Bahan/Ukur Bangunan/Pengurusan Pembinaan.
- Pengurusan Hartanah dan Hartanah.
- Kewangan/Perakaunan.
- Pengajian Perniagaan/Pentadbiran Perniagaan.
- Seni bina.
- Psikologi/Pengurusan Sumber Manusia.
Nota: STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN
Kepada calon yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Memperoleh minimum 3A/PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).
- Mahir dalam berbahasa Inggeris.
- Kualiti kepimpinan yang kukuh dan aktif dalam bidang ekstrakorikulum, sukan dan juga khidmat masyarakat.
- Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Memulakan/sedang belajar sepenuh masa program ijazah pertama.
CARA MOHON
Kepada calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin
Panduan Memohon Biasiswa Gamuda
- Pemohon baru mestilah daftarkan butiran diri terlebih dahulu, sementara pemohon lama boleh log masuk menggunakan alamat emel serta kata laluan yang telah ditetapkan.
- Pemohon disarankan agar mengakses pautan menggunakan Google Chrome atau Internet Explorer.
- Untuk borang permohonan biasiswa mengandungi sembilan bahagian dan setiap satunya mengambil masa kira-kira satu jam untuk dilengkapkan.
- Salah satu bahagian dalam borang memerlukan calon untuk tulis esei dengan minimum 150 patah perkataan. Meniru adalah tidak dibenarkan sama sekali.
- Walau bagaimanapun, pemohon dibenarkan untuk menyimpan esei yang belum lengkap sekali sahaja dan juga boleh teruskan pada waktu yang sesuai.
- Sekiranya ingin lanjut ke bahagian borang yang seterusnya atau Log keluar, pemohon mestilah lengkapkan semua butiran yang ditanda (*) dan klik “Save”.
- Semua butiran wajib serta dokumen yang diperlukan mestilah dihantar dengan lengkap.
- Pastikan semua butiran serta dokumen disemak dengan lengkap. Selepas borang dihantar, pemohon tidak dibenarkan lagi untuk membuat sebarang perubahan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Kepada pemohon dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang berikut:
- Keputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnya.
- Surat tawaran dari universiti.
- Transkrip akademik yang terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda).
- Dokumentasi pendapatan terkini ibu bapa (contoh: slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen).
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan ke [email protected].
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Gamuda, anda boleh layari laman web rasmi Gamuda Scholarship.