Semakan & Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2022

Sukacita dimaklumkan mengenai permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang bagi tahun 2022 untuk Tingkatan 1 dan 4 kini telah dibuka.

Dengan adanya biasiswa ini, para pelajar berpeluang untuk mendapat bayaran RM600 setahun bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan untuk murid tingkatan 6 kadar BSM adalah RM600 setahun.

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang.

PENGENALAN BIASISWA SEKOLAH MENENGAH YAYASAN PAHANG

Untuk pengetahuan anda, biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan telah diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin/ibubapa uzur/ibu tunggal/peserta PPRT. Walau Bagaimanapun, mulai tahun 2003, terdapat sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang akademik dan juga kokurikulum.

Pada tahun 2012, kadar baru BSM telah pun dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun untuk murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal iaitu dengan RM600 setahun. Bayaran akan dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

TARIKH MEMOHON

Untuk makluman anda, permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan juga di pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

CARA MEMOHON

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan hanya boleh didapati di sekolah dan juga di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Murid wajib untuk mengisi dan menyerahkan borang 1.0/2.0 kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan juga simpanan.

SYARAT PERMOHONAN

Kepada pemohon yang ingin memohon BSM mestilah memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  • Sekiranya pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  • Keutamaan akan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang telah mendapat bantuan kebajikan masyarakat/ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU)/ibu tunggal/Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diberi keutamaan.
  • Murid yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum
  • Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan juga elaun tetap) tertakhluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 sekiranya berkelakuan baik.
  • Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web www.yp.org.my

Leave a Comment