Tarikh Bayaran i-Sinar Untuk Bulan Oktober 2021

MAKLUMAN KEPADA ANDA UNTUK TARIKH BAYARAN I-SINAR OKTOBER 2021

Untuk pengetahuan anda KWSP telah mengumumkan tarikh pembayaran i-Sinar untuk bulan September 2021 secara rasmi melalui notis di laman sosial Facebook mereka.

Berikut akan kami kongsikan tarikh pembayaran serta cara untuk membuat semakan bagi anda yang masih lagi menerima bayaran i-Sinar pada bulan ini.

PENGENALAN I-SINAR

Untuk pengetahuan anda i-Sinar adalah merupakan inisiatif KWSP serta kerajaan untuk membenarkan pengeluaran kepada ahlinya sebelum pada usia 55 tahun agar dapat membantu rakyat Malaysia, khususnya kepada mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

  • Kepada ahli yang telah mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat dengan secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran yang pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Kepada ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh untuk membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang telah dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.
  • Pembayaran akan dibuat dengan secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran yang pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

TARIKH BAYARAN I-SINAR BULAN OKTOBER

Untuk makluman anda semua, bayaran i-Sinar untuk bulan Oktober akan dibuat bermula pada 27 September 2021.

Pengumuman Tarikh Bayaran I sinar 1

Untuk pengkreditkan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh bekerja 1 hingga 3 hari bekerja, bergantung dengan prosedur bank masing-masing.

Anda boleh menyemak serta mendapatkan status bayaran yang tekini melalui i-Akaun (Ahli).

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN I-SINAR

Sekiranya anda ingin check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, anda boleh mengikuti langkah yang ada di bawah:

  • Sila layari laman web rasmi i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Sila cari butang SEMAK STATUS.
  • Status bayaran anda akan dipaparkan.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN I-SINAR MELALUI I-AKAUN KWSP

Sekiranya anda ingin membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah seperti yang berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli).
  3. Klik WITHDRAWAL > WITHDRAWAL HISTORY.
  4. Tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Untuk makluman anda semua, permohonan i-Sinar telah dibuka sehingga 30 Jun 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Sekiranya terdapat pertanyaan umum, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Talian ini beroperasi Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan) lalu dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan