Tawaran Insentif Bantuan Zakat Bagi Pelajar Semester Khas Uniten

TAWARAN INSENTIF ZAKAT PELAJAR SEMESTER KHAS UNITEN

Untuk makluman mengenai tawaran bagi Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas khusus buat siswa muslim Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kini telah dibuka.

Bantuan ini telah disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) untuk para pelajar UNITEN yang telah berkelayakan.

PERINGKAT PENGAJIAN

Untuk pengetahuan anda, bantuan zakat ini telah ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan dan juga sedang mengikuti salah satu kursus pengajian seperti yang berikut:

  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

Kepada pelajar yang mengalami finance blocking atas sebab-sebab tertentu juga dibenarkan untuk membuat permohonan.

TARIKH MOHON

Kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan telah dialu-alukan untuk kemukakan permohonan untuk bantuan ini bermula 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk pengetahuan kepada calon yang berminat untuk kemukakan permohonan mestilah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Merupakan pelajar UNITEN sepenuh masa dan juga berdaftar (status aktif) pada semester semasa.
  • Tiada sebarang rekod masalah disiplin/rekod jenayah.
  • Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).
  • Telah melengkapkan proses permohonan.
  • Hadir ke temuduga yang telah ditetapkan.

CARA MOHON

Untuk Permohonan bagi bantuan zakat ini boleh dilakukan mengikut langkah-langkah seperti yang berikut:

  • Anda boleh klik pada pautan laman web TAZU di https://amanahuniten.my/.
  • Lalu pergi ke bahagian “Khidmat Online” lepas itu klik “Daftar Akaun”.
  • iskan maklumat akaun dan klik butang “Daftar”.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan juga kata laluan.
  • Lalu anda perlu mengikuti arahan seterusnya lalu buat permohonan sehingga selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat pertanyaan yang lebih lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN ini, anda boleh hubungi:

Semoga dengan adanya bantuan yang telah ditawarkan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UNITEN.

Leave a Comment