Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) Sebanyak 50 Sebulan – YAWAS 2022

MAKLUMAN MENGENAI SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR TUNAS 2022 – YAWAS

Untuk makluman anda semua pendaftaran TUNAS bagi sesi 2022 telah dibuka!

Program subsidi yuran tadika sebanyak RM50.00 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak menerimanya.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

PENGENALAN SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

Untuk pengetahuan anda program ini bertujuan bagi membantu meringankan beban ibubapa untuk membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan bantuan sebanyak RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak menerimanya.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Skim Bantuan Tadika 1

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon MESTILAH warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Mestilah mendapatkan pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Senator/ADUN/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
  3. Pendapatan isi rumah mestilah RM3,000 ke bawah.
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja. KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI

CARA PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda permohonan telah dibuka secara atas talian melalui pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila isikan kad pengenalan dan juga anda perlu lampirkan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:

  • Cetak Borang Permohonan.
  • Salinan Sijil Lahir/Mykid Anak.
  • Salinan MyKad Ibu.
  • Salinan MyKad Bapa.
  • Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (Jika Perlu).
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat.
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat.
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Merupakan Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:
    • Salinan Bil Air/Bil Elektrik/TM/ASTRO/Muka Depan Buku Merah IBU;
    • Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja).

Dokumen mestilah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh selepas membuat pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat yang berikut:

  • Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
    Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • No Telefon: 03-5481 8800

Sekiranya terdapat sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Pendaftaran Tunas 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran yang berikut:

ALAMAT

  • Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.

No. Telefon: 03 5481 8800

Waktu Beroperasi: Isnin Hingga Jumaat (10pagi – 2petang).

E-mel: [email protected]

Jangan lepaskan peluang ini, Layari laman sesawang www.tunas.yawas.my untuk memohon.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Leave a Comment