Permohonan Bantuan Tabung Amanah Rakyat KPYPJ Khusus Bagi Pelajar KYPJ Sesi 1/2022

Tawaran Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Khas Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022

Untuk maklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi tahun ini kini dibuka.

Kepada Pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah bagi sesi 1/2022 dibuka dari 10 April sehingga 10 Mei 2022.

JENIS BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, jenis bantuan yang telah ditawarkan kepada pelajar adalah seperti yang berikut:

  • Sara Diri.
  • Keperluan Pengajian/Peralatan.
  • Kos Rawatan/Perubatan.

SYARAT PERMOHONAN

Kepada pelajar yang berminat untuk mohon bantuan ini mestilah menepati syarat-syarat yang telah diberikan seperti berikut:

  • Merupakan pelajar KPYPJ.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak untuk memohon Bantuan Sara Diri.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak untuk memohon Bantuan Keperluan.
  • Pengajian/Peralatan.

CARA MOHON

Kepada pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan yang berikut:

BORANG BANTUAN TABUNG AMANAH KPYPJ

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor melalui pautan https://www.v2.kypj.edu.my/

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang telah ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas menerusi butiran di bawah:

  • Puan Shuhaida: 013 – 724 7409
  • Fiqa: 013 – 755 6348

Semoga dengan bantuan ini akan dapat meringankan beban pelajar KPYPJ dalam menjalani sesi pengajian pada waktu pandemik ini.

Leave a Comment