Untuk makluman anda, Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah dibuka sehingga 31 Mac 2022 ini.
Usaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri agar sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini untuk makluman bersama.
Isi Kandungan
PENGENALAN PROGRAM BANTUAN NEGERI SELANGOR
Untuk pengetahuan anda, program ini telah menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur mahupun membiayai pembinaan struktur yang baru.
Program ini adalah bertujuan untuk membantu mengekalkan serta menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian insentif sehingga RM50,000.
SYARAT KELAYAKAN
1. Sekolah-sekolah dibawah kategori yang berikut layak untuk memohon program ini.
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
- Sekolah Mubaligh.
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).
- Sekolah Agama Rakyat (SAR).
2. Permohonan perlu dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.
3. Tujuan bagi permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:
- Kantin
- Surau
- Kelas
- Tandas
- Bumbung Bocor
- Dinding
- Susur Gajah
- Pagar Sekolah
- Pintu Kelas, Tandas
- Gelanggang Bola Keranjang
- Bilik Guru
- Perpustakaan
- Longkang/Perparitan
- Makmal Sains
- Makmal Komputer
- Bangunan Sekolah
- Bangunan Asrama
- Mengecat Bangunan Sekolah
- Kerusi/Meja
- Saluran Paip Air
- Pendawaian Elektrik
- Tingkap
- Lain-lain
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Untuk makluman adna tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.
CARA MEMOHON
Sekiranya ingin memohon anda diminta untuk daftar akaun terlebih dahulu pada pautan yang berikut: https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk di pautan yang berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor.
- No. Tel: 03-55212279