Permohonan Bantuan RM1,000 Bagi Anak Yang Lahir Bermula Pada Tahun 2020

Untuk makluma anda, Kerajaa Negeri Sarawak dengan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah memperkenalkan satu alternatif simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran negeri Serawak iaitu yang dinamakan sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).

EFS adalah satu simpanan untuk anak yang lahir di negeri Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak sebagai paersediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.



JUMLAH BANTUAN EFS

Buat makluman anda, jumlah bantuan yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EFS

Berikut merupakan syarat kelayakan wajib untuk bantuan EFS:

    • Warganegara Malaysia
    • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
    • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.




Untuk kategori anak angkat pula:

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
  • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

CARA MEMOHON BANTUAN EFS

Untuk pengetahuan anda, permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:



  • Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil lahir bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”.

NOTA: Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

MAKLUMAT LANJUT




Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh layari laman web isarawakcare atau anda boleh hubungi talian KPWKK di 082-442050

Leave a Comment