Bantuan Raja Sehari Untuk Pasangan Pengantin Pertama Kali Berkahwin Di Negeri Johor

Sukacita dimaklumkan mengenai Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor kini telah dibuka untuk bukan anak jati Johor.

Melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) itu akan diberikan kepada setiap pengantin yang pertama kali berkahwin dengan syarat, pendapatan pasangan bersama adalah RM5,000 dan ke bawah.



“Kepada bukan anak jati Johor juga boleh mohon dengan syarat pendapatan bersama adalah pada RM5,000 dan ke bawah dan salah seorang daripada pasangan sudah menetap di negeri ini melebih dari tiga tahun.”

Kerajaan negeri Johor telah mengalu-alukan semua masyarakat yang tinggal dan juga berkhidmat di negeri Johor boleh memohon bantuan berkenaan dengan dana RM10 juta yang telah diperuntukkan kerajaan negeri.




“Untuk bantuan berkenaan, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta pula untuk pasangan bukan Islam. Sejak permohonan telah dibuka pada April lalu, sebanyak 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan,” katanya.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Negeri Johor untuk maklumat kita bersama.



PENGENALAN BANTUAN RAJA SEHARI 2022

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif dengan menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor yang telah diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.

Dengan menerusi bantuan ini, pasangan yang telah berkahwin akan menerima bantuan RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.




Bantuan Kasih Bangsa Johor 1

SYARAT PERMOHONAN

    1. Orang Muda Johor yang berumur 40 tahun ke bawah.
    2. Sedang Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun.
    3. Perkahwinan kali pertama sahaja serta didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April sehingga 31 Disember 2022.
    4. Pendapatan suami dan juga isteri adalah berjumlah RM5,000.00 dan ke bawah
    5. Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022 sahaja.
    6. Pemohon (suami atau isteri) mestilah hadir sendiri untuk menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
    7. Satu pasangan layak untuk memohon sekali sahaja bagi bantuan ini.



CARA MOHON

Anda boleh Muat Turun Borang Permohonan: BORANG-TUNTUTAN-RAJA-SEHARI-RM1000




DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk makluman anda, dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan Bantuan Raja Sehari/Bantuan Perkahwinan Johor 2022 adalah seperti yang berikut:

    1. Salinan kad pengenalan (Lelaki serta perempuan).
    2. Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan).
    3. Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Sekiranya surat perakuan nikah hilang, pemohon mestilah mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.
    4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.
    5. Slip gaji suami dan juga isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.



MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.




Leave a Comment