Bantuan Perniagaan 2021: Modal Niaga Syarikat Daripada Kerajaan

Cara memohon Bantuan Modal bisnes untuk bantuan perniagaan kerajaan untuk tahun2021 melalui Inisiatif Niaga untuk usahawan kecil dan serdahana serta syarikat sme disebalik PKP serta PKPB sepanjang covid-19.

Kepada belia yang layak, menerusi PROGRAM INISIATIF BELIA NEGARA anda kini boleh memohon Bantuan Modal RM15,000 oleh Majlis Belia Malaysia.

Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) telah menawarkan bantuan modal kepada mana-mana golongan belia di luar sana yang berminat.

Ianya bertujuan untuk menambah pendapatan serta mengukuhkan ekonomi melalui Inisiatif Belia Berniaga menerusi sektor perniagaan modal mampu milik yang telah ditawarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).

BORANG PERMOHONAN INISIATIF BELIA BERNIAGA

Sekiranya anda berminat dengan permohonan ini, anda boleh klik pautan ini untuk mengisi borang http://bit.ly/InisiatifBeliaBerniaga (TELAH DITUTUP) ataupun anda boleh merujuk pada poster lalu imbas QR Code pada poster untuk mendaftarkan diri anda.

SYARAT BANTUAN BELIA BERNIAGA

Untuk makluman anda, Majlis Belia Malaysia bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan pelajar serta belia di negara ini dan merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Pada 9 September 1950, MBM dengan secara rasminya ditubuhkan apabila perlembagaan MBM diterima dan Presiden MBM yang pertama telah terpilih adalah Sdr. F.C Arulanandum.

Di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), MBM ini telah pun didaftarkan.

Kerajaan juga turut mengiktiraf MBM sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya telah ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan kemajuan belia yang seimbang dalam semua bidang ekonomi, mental, sosial, akhlak, fizikal dan juga politik.

Anda boleh melayari link http://belia.org.my/ ataupun Facebook Majlis Belia Malaysia sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut berkaitan Majlis Belia Malaysia.

MBM akan membantu melalui agensi yang berkaitan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan modal perniagaan untuk belia.

SENARAI BANTUAN MODAL PERNIAGAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kami telah senaraikan bantuan modal niaga dan inisiatif belia berniaga untuk jadi peniaga kecil yang telah ditawarkan MBM bagi perniagaan di bawah ini:

  1. Bantuan Modal Stokis – Modal RM3,000
  2. Bantuan untuk Bisnes Food Truck – Modal RM15,000
  3. Bantuan Motosikal Roda 3 – RM10,000
  4. Bantuan Payung/Gerai Untuk Perniaga Kecil – Modal RM3,000
  5. Bantuan Kursus Asas Keusahawanan
  6. Dan lain-lain lagi bantuan business kecil

Tertakhluk kepada terma dan syarat

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh hubungi Pengerusi MFREN, Sdr. Syed Osman di talian 016-381 3448 jika terdapat sebarang pertanyaan ataupun hubungi Sekretariat MBM, Sdr. Saiful Bahari di talian 013-398 5857.

SEMAKAN BANTUAN PERNIAGAAN 2021

Selain daripada skim program di atas, terdapat beberapa pilihan cara memohon bantuan kerajaan dan pihak bank untuk pekerja kecil dan serdahana untuk usahawan perniagaan bagi tahun 2021 PKP & PKPB disebalik wabak covid-19 di Malaysia sekarang ini.

SENARAI BANTUAN NIAGA LINK PAUTAN
Bantuan Tekun Nasional RM5,000 www.tekun.gov.my
Bantuan Perniagaan dari MARA termasuk untuk oku, belia, usahawan lepasan IPMA, wanita bumiputera, doktor, farmasi, peguam, arkitek, akauntan, foodtruck https://www.mara.gov.my
Permohonan bantuan peniaga kecil 2021 dari kerajaan Selangor https://www.hijrahselangor.com
Bantuan MAIWP di bawah Program Tunas Usahawan Baitulmal TUB www.maiwp.gov.my
Bantuan iTekad bank Islam www.bankislam.com
Bantuan Mikro BangKIT dari Bank Islam https://www.bankislam.com
Bantuan penangguhan bayaran pinjaman perniagaan https://mypt3.com/penangguhan-bayaran-pinjaman-bank
Bantuan Skim Geran Digital SME & Geran Automasi 2021 https://mdec.my
Bantuan Kewangan Agrobank www.agrobank.com.my
Bantuan Kewangan Perniagaan dari BSN Mikro Kredit https://mypt3.com/bsn-micro-kredit-prihatin

KURSUS PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN SECARA PERCUMA 2021

Untuk menggalakkan kerajaan menceburi bisnes samada secara online atau offline, Terdapat banyak kursus perniagaan serta kursus latihan usahawan belia secara percuma untuk tahun 2021.

PERKARA BUTIRANNYA
Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp untuk bantu perniagaan anda secara dalam talian dan digital melibatkan usahawan belia https://www.insken.gov.my/new-gen-entrepreneurship-online-bootcamp-n-gene/
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera https://tube.smecorp.gov.my
Bantuan usahawan untuk kursus di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2021 (latihan keusahawanan dan peralatan secara percuma) https://bit.ly/3a90AXS
Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) http://jtksm.mohr.gov.my

BANTUAN GERAN KERAJAAN UNTUK USAHAWAN 2021

Selain daripada kursus serta program latihan kepada usahawan secara percuma, kerajaan juga turut berikan dana bantuan geran usahawan kecil dan serdahana termasuk kepada usahawan wanita bagi tahun 2021 bagi menempuh perniagaan era digital hari ini.

PERKARA LINK PAUTAN
Borang permohonan bantuan usahawan yang terlibat dalam perniagaan digital 2021 https://mdec.my
Bantuan dana geran perniagaan khas dari kerajaan melaka 2021 untuk peniaga kecil Dana niaga kerajaan Melaka
Bantuan geran niaga 2021 sebanyak RM1,000 https://mypt3.com/geran-khas-prihatin-pks-mikro
Geran Pelancaran (GP) kepada penerima JKM termasuk OKU untuk bantuan meniaga sebanyak RM2,700 https://www.jkm.gov.my
Geran Bantuan Khas Kepada Agensi Pelancongan di Malaysia RM3,000 http://www.motac.gov.my
Geran Bantuan untuk pengusaha homestay RM600 www.motac.gov.my
Bantuan modal perniagaan Mykapital Kasih untuk golongan wanita (modal niaga RM1,000 maksimum) https://docs.google.com
(bookmark halaman ini)

Semoga dengan senarai bantuan perniagaan yang telah dikongsikan ini dapat membantu anda para peniaga untuk meneruskan bisnes dan niaga anda pasca PKP & PKPB sepanjang tempoh covid-19 tahun 2021 ini.

Leave a Comment