Program Bantuan Perkahwinan Untuk Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Untuk makluman khusus buat pasangan dari negeri Selangor, jangan lupa untuk mohon bantuan perkahwinan Selangor yang akan diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Kos untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan juga diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini akan dapat mengurangkan lagi beban kewangan yang telah ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.

Untuk program bantuan perkahwinan di Selangor ini lahir setelah Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau denganĀ  menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 bagi menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan serta kerohanian bagi memantapkan lagi institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan.

PENGENALAN INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR

Untuk pengetahuan anda, bantuan atau insentif kewangan ini diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).

Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) telah diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah dengan melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan pemberian wang insentif.

Dengan adanya program ini diharapkan agar golongan belia dapat manfaatkan lagi ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

MANFAAT PROGRAM

Nilai insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri. Tertakluk kepada yang telah menepati syarat kelayakan program (IGEMS).

Pemberian dengan melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) yang bernilai RM300 akan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. Penerima mestilah hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan juga boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya kepada calon yang telah memenuhi syarat kelayakan di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan:

  • Pendaftaran mestilah dibuat secara atas talian (online) sahaja.
  • Warganegara Malaysia.
  • Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor.
  • Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mestilah di Negeri Selangor).
  • Pengundi yang berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat.
  • Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran telah dibuat.
  • Perkahwinan untuk kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat.
  • Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran telah dibuat.
  • Pendaftaran telah terbuka kepada pasangan yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA INSENTIF

Untuk suami atau isteri atau kedua-duanya sekali hendaklah memenuhi syarat permohonan iGems.

Mereka WAJIB untuk hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri). Hadir dan juga menamatkan modul kursus yang telah dilaksanakan.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan maklumat terkini mengenai insenfif bantuan perkahwinan ini, sila layari laman web IGEMS di pautan https://yawas.my/igems.php

Untuk semakan permohonan pula, boleh semak di pautan yang berikut https://igems.yawas.my/admin/semakan.php

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk laman web https://igems.yawas.my/

Leave a Comment