Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022 Untuk Asnaf Fakir & Miskin

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka telah menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan untuk asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.

Jumlah bantuan adalah dari RM500 sehingga RM10,000 yang akan disediakan untuk pemohon yang layak.

Bentuk bantuan yang akan disediakan termasuklah dengan meja lipat, kerusi, mesin jahit dan lain-lain lagi.

Anda boleh rujuk info yang berikut untuk mengetahui syarat kelayakan dan juga cara permohonan.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ALAT PERNIAGAAN

  • Mestilah Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Melaka tidak kurang dari dua tahun dan juga masih menetap di Melaka.
  • Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka.
  • Pendapatan tidak melebihi dari pengiraan Had al-Kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIM.

CARA MOHON

Untuk makluman anda, borang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan juga Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM di:

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka.

Telefon: 06-286 8109/011-5891 4140

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk pengetahuan anda, dokumen yang diperlukan adalah seperti yang telah tertera di bawah:

  • Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM).
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia.
  • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan juga masih lagi aktif.
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan).
  • Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif).
  • Sebut Harga Alat Perniagaan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Gambar Perniagaan/Produk Jualan.
  • Kertas Kerja Perniagaan.
  • Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar).

MAKLUMAN UNTUK PEMOHON

  1. Jumlah kelulusan adalah tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
  2. Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
  3. Bantuan akan disalurkan setelah mendapati keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari pautan https://maim.gov.my/index.php/my/

Leave a Comment