MAIPk PKP 3.0: Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup

MAIPk PKP 3.0: Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup. Makluman kepada anda yang sedang mengalami masalah terjejas sumber pendapatan ketika PKP 3.0, anda boleh memohon bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Perak MAIPk melalui Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk 2021.

Berikut ialah maklumat lanjut mengenai bantuan ini serta cara membuat permohonan.

APAKAH ITU BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPK?

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk ialah bantuan yang telah disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk serta Ketua Isi Rumah (KIR) yang sedang terjejas sumber pendapatan akibat diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah.

Baca Juga: 10 Jenis Surat Diterima Pakai di Sekatan Jalan Raya

Bantuan ini bertujuan agar dapat mengurangkan bebanan kehidupan golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0.

TERDAPAT 3 KATEGORI PENERIMA BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPK

Kategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun 2021.
  • Penerima Bantuan Kewangan:
    • Bulanan Fakir/miskin
    • Muallaf dan Anak Yatim
    • Sewa Rumah

Kategori Kedua (Bantuan RM400 One Off):

  • Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan/Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Golongan Sasaran seperti:
    • Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak).
    • Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lemba Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
    • Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM).
    • Usahawan Asnaf (Berdaftar di bawah MAIPk).
    • Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah AgensiPengangkutan Awam Darat (APAD).
    • Pemandu Lori/Pemandu bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP).
    • Orang kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM).
    • Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak.
    • Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA).
    • Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang Berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC).
    • Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off):

  • Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
  • Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini ialah:

  • a) Beragama Islam
  • b) Warganegara Malaysia
  • c) Bermastautin atau bekerja di Negeri Perak
  • d) Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00
  • e) Terkesan dengan Pandemik COVID-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga/pekerjaan harian/diberhentikan kerja/direhatkan tanpa gaji
  • f) Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)

CARA BAGI PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk

Bantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini TIDAK boleh dibuat dengan melalui kaedah permohonan daripada setiap individu.

Kaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori bagi penerima seperti jadual yang berikut:

Kategori Pertama:

  • Bagi kategori ini, tiada permohonan apa-apa yang perlu di lakukan. Hal Ini kerana, bantuan ini akan disalurkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021.

Kategori Kedua:

  • Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli bagi yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

Kategori Ketiga:

  • Bagi kategori ketiga ini pula, penerima akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung. Ianya telah melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

MAKLUMAT LANJUT

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Leave a Comment