MAiPK: Program Bantuan Lesen Memandu Percuma 2022

Untuk makluman kepada rakyat di negeri Perak yang ingin mendapatkan lesen memandu percuma

Kita telah sedia maklum bahawa harga untuk mendapatkan lesen memandu bukanlah murah.

Selain dari lesen untuk memandu kenderaan sendiri, sebahagian daripada kita mungkin berminat untuk mendapatkan lesen GDL kelas lain seperti Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi) untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu kenderaan perdagangan.



Namun demikian, kebiasaanya faktor kos telah menjadi salah satu halangan.

PROGRAM LESEN MEMANDU MAiPK

Terdapat berita baik untuk mereka yang berkemampuan kerana anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan latihan bagi mendapatkan lesen memandu secara percuma tajaan dari MAIPk.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang sedang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan keluarga.




Kepada asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang telah ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk pengetahuan sebelum anda memohon, sila pastikan anda telah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

    • Beragama Islam.
    • Bermastautin di negeri Perak.
    • Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin).
    • Berumur 21 tahun dan keatas.
    • Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh.
    • Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja).
    • Bebas saman/tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM.
    • Boleh Membaca, Menulis dan juga Mengira (3M).



PUSAT LATIHAN MEMANDU YANG TERLIBAT

Kepada pemohon yang mendapat tajaan untuk mendapatkan lesen memandu percuma ini akan menjalani latihan memandu di salah satu pusat latihan memandu yang terlibat, seperti berikut:

    • Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
    • Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
    • Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.




TAJAAN LESEN MEMANDU OLEH MAiPK

Hanya lesen-lesen yang berikut sahaja akan terlibat bagi tajaan lesen memandu percuma oleh MAIPk ini:

    • Lesen Memandu CDL (Pemandu Komersial) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda).
    • Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
    • Lesen Vokasional PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam) Kelas D (Van/Bas Mini), Kelas E (Bas).



CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat iaitu dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di Pejabat Pentadbiran MAIPk di Daerah yang berhampiran dengan anda atau boleh dimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di pautan https://www.maiamp.gov.my/…/borang-bantuan-zakat.html

Hantar borang tersebut bersama dengan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:




Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Untuk tarikh akhir permohonan pada 31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam.



MAKLUMAT LANJUT




Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf di talian 019-5711384

Leave a Comment