Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022

Kepada ibu tunggal di Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022.

PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

Untuk pengetahuan anda, Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan iaitu dengan mengisi borang permohonan bermula pada 5 Ogos sehingga 31 Ogos 2022.



Anda boleh mendapatkan borang permohonan di:

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
    Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Khamis
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

Atau anda boleh mendapatkan borang di:




  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKM
    Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

Atau anda boleh terus pergi ke kompleks JAPERUN yang berdekatan di pautan yang ada di bawah:

https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun

KATEGORI YANG LAYAK



Perempuan (Warganegara) yang telah menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) untuk kategori:

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan juga masih mempunyai tanggungan.
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja yang disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU)/tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan).
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dengan dokumen pengangkatan yang sah.

SYARAT KELAYAKAN




  • Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia dan juga menetap di Melaka.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM1,289.00 atau RM337.00 per-kapita.
  • Mempunyai tanggungan yang berusia 17 tahun dan ke bawah dan masih bersekolah.

MAKLUMAT LANJUT



Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka, sila hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334.

Leave a Comment